awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bekalan tanaman, ternakan terkawal - Mohamad
GAYA HIDUP
Diet Jepun mungkin bantu tangani gejala kemurungan - Kajian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Undang-undang AI perlu disegerakan - Timbalan Menteri Digital

Bernama
Bernama
28/06/2025
13:38 MYT
Sponsor Banner
Undang-undang AI perlu disegerakan - Timbalan Menteri Digital
Wilson Ugak Kumbong menjangka undang-undang AI mungkin dapat diangkat pada tahun ini demi mengetatkan kawalan dan menggariskan hukuman bersesuaian terhadap mereka yang menyalah guna teknologi. - Gambar fail
SHAH ALAM: Undang-Undang khusus untuk kecerdasan buatan (AI) perlu disegerakan susulan impak negatif teknologi itu yang dilihat semakin menular terutama membabitkan jenayah penipuan, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Ugak berkata beliau difahamkan bagi tempoh 2020 hingga 2024, jenayah itu telah mengakibatkan kerugian sebanyak kira-kira RM5 bilion di seluruh dunia.
"Saya juga menjangkakan undang-undang AI ini mungkin dapat diangkat pada tahun ini supaya kita dapat mengetatkan kawalan dan menggariskan hukuman bersesuaian terhadap mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan teknologi ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Gawai Kitai Ngiling Bidai 2025 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai penyalahgunaan teknologi AI termasuk membabitkan pegawai tinggi kerajaan seperti bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar.
Acryl Sani dan Kumar sebelum ini menafikan muncul dalam video tular di laman sosial memaparkan individu menyerupai mereka menerima bantuan daripada seorang Datuk.
Ugak berkata menyedari perkara itu, pihaknya kini giat menjalankan kempen kesedaran menerusi Jelajah Malaysia Digital di seluruh negara untuk mendekati dan mendidik masyarakat terutama di luar bandar agar tidak menjadi mangsa jenayah penipuan.
"Saya sendiri telah ke Sabah, ke pedalaman Kapit, Sarawak dan Pulau Pinang untuk memberi kesedaran kepada orang-orang kampung berkenaan modus operandi serta taktik terkini penjenayah ini," katanya.
Sebelum ini, Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata laporan penuh berkaitan cadangan peraturan dan kemungkinan penggubalan undang-undang khusus untuk AI akan dibawa ke peringkat Kementerian Digital pada akhir bulan Jun 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah
#penipuan
#kecerdasan buatan
#AI
#undang-undang
#digital
#Wilson Ugak Kumbong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami