BARU-BARU ini, berita berhubung undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri tular di media termasuk media cetak dan media sosial.
Meskipun kerajaan dan rakyat sibuk dengan usaha membenteras pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak bulan Mac 2020, tindakan membawa usul tidak percaya terhadap perdana menteri bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia malah pelabur-pelabur asing yang menyaksikan pergolakan politik dalam negara sejak tercetusnya episod Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh.
Antaranya, usul yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, selaku Ahli Parlimen Semporna pada minggu lalu, bahawa Dr Mahathir memperolehi sokongan majoriti Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang melayakkan beliau dilantik sebagai perdana menteri ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat kerana ia bertentangan dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Manakala, usul yang dikemukakan oleh Dr Mahathir, selaku Ahli Parlimen Langkawi, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk membuat ketetapan bahawa Muhyiddin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat, diterima oleh Speaker Dewan Rakyat untuk dibahaskan dalam sesi sidang kelak.
Laporan-laporan terhadap usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat, terutamanya dalam ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak, baik pemerintah, mahupun pembangkang.
BACA: Usul percaya kepada Tun M tidak dibenarkan dibawa ke Dewan Rakyat
Sambil ahli-ahli politik begitu ghairah dengan berita tersebut, sebahagian besar rakyat pula didapati tidak mengendahkan usul dikemukakan oleh kedua-dua Ahli Parlimen tersebut pada saat negara sedang berjuang mati-matian mencegah penularan pandemik COVID-19.
Soal kehidupan
Rakyat berpendapat bahawa ahli-ahli Dewan Rakyat seharusnya lebih menumpukan perhatiannya terhadap masalah-masalah yang membabitkan soal kehidupan rakyat marhaen yang terkesan akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak bulan Mac 2020, ekoran daripada pandemik COVID-19 dan bukan ghairah bermain politik kepartian tatkala negara berperang menentang musuh senyap COVID-19.
BACA: Dewan Rakyat terima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin
Dalam pada itu, ada pihak yang berpendapat bahawa usul tersebut akan memberi impak yang lebih negatif daripada positif kepada negara kerana ianya akan menjejaskan perancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Memandangkan Muhyiddin didakwa dilantik sebagai perdana menteri dengan majoriti tipis, maka beliau tidak dapat mengelakkan diri daripada menghadapi risiko politik luar jangkaan.
Antaranya, beliau terpaksa menghadapi undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat pada bila-bila masa.
Selain itu, ada kemungkinan Ahli Parlimen yang menyokong pencalonan beliau dilantik sebagai perdana menteri tempoh hari akan melompat dari Perikatan Nasional (PN) ke parti pembangkang bagi yang boleh mengurangkan majoriti beliau, yang boleh menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan perdana menteri.
Apapun, Muhyiddin adalah perdana menteri yang dilantik berlandaskan lunas-lunas undang-undang negara.
Malah, prestasi beliau sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara, selaku perdana menteri didapati amat memberangsangkan, khususnya kecekapan dan kebijaksanaan beliau dalam mengurus pelan tindakan mencegah pandemik COVID-19.
Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilancarkan beliau pula disifatkan antara yang terbaik dalam negara malah dunia.
Kejayaan kerajaan kepimpinan beliau dalam mengawal dan membendung penularan wabak COVID-19 pula mendapat pengiktirafan dunia.
Pada masa yang sama, Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilancarkan beliau berjaya memenangi hati dan minda sebahagian besar rakyat kerana ianya merupakan satu pakej menyeluruh yang mengandungi pelbagai pakej khas bantuan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan golongan rakyat, baik di bandar mahupun di luar bandar.
Malah Ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Muafakat Nasional (BN), termasuk sebahagian besar Ahli Parlimen daripada Bersatu dan daripada Ahli Parlimen yang keluar daripada PKR, parti yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka bersama Muhyiddin dalam mempertahankan kedudukan beliau untuk terus menjawat jawatan sebagai perdana menteri.
Meskipun MIC kecewa dengan pimpinan PN di atas pengagihan jawatan-jawatan kerajaan kepada MIC tidak seperti yang diharapkan, MIC, selaku komponan utama BN, malah parti yang menyokong dan bersama Muafakat Nasional, gabungan politik yang menjadi tunjang kepada pembentukan kerajaan PN, tetap menyokong Muhyiddin dalam menghadapi dugaan undi tidak percaya terhadap beliau.
Sistem demokrasi
Dalam pada itu,memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ala Westminster, seseorang ahli Dewan Rakyat berhak mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri, lebih-lebih lagi Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (Standing Orders of The Dewan Rakyat ) membenarkan ahli Dewan Rakyat mengemukakan usul (motion) yang dianggap berkepentingan negara termasuk undi tidak percaya terhadap perdana menteri.
Malah undi tidak percaya terhadap perdana menteri pernah dikemukankan oleh Ahli Parlimen beberapa negara luar, termasuk United Kingdom (UK), iaitu negara yang menjadi model kepada sistem demokrasi Westminster.
Namun, rakyat beranggapan bahawa tindakan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin pada saat ini adalah sesuatu yang sia-sia malah bukan merupakan normal bagi budaya politik rakyat Malaysia.
Malah ianya merupakan satu tindakan serta permainan politik yang tidak menguntungkan rakyat pada saat negara menghadapi serangan daripada musuh COVID-19 yang mampu mendatangkan maut kepada rakyat dan menjejaskan pembangunan ekonomi negara.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Tue May 12 2020
Rakyat beranggapan bahawa tindakan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin pada saat ini adalah sesuatu yang sia-sia malah bukan merupakan normal bagi budaya politik rakyat Malaysia. - Gambar ASTRO AWANi/SHAHIR OMAR
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
NCER disasar catat RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030 - Anwar
Kerajaan menyasarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) mencatatkan RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030.
Pembaharuan fiskal diperlukan agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan kukuh - Anwar
Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'
Katanya, mendiang akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Ruang berfikir, berkarya di negara ini perlu kebebasan lebih luas - PM Anwar
Ia kerana Malaysia merupakan sebuah negara merdeka dan bukannya dijajah sehingga ada sekatan atau rasa terkongkong untuk mana-mana pihak menghasilkan karya mereka.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
Keselamatan siber: Malaysia perlu 25,000 profesional menjelang 2025 - PM Anwar
Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.
Parlimen: Kerajaan beri tumpuan latihan STEM, tingkat pelaburan negara - PM Anwar
Anwar berkata kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, AI dan TVET di peringkat tertinggi.