PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak mahu ‘mempersulitkan’ keadaan jika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan terus komited dalam menangani COVID-19, dan masalah ekonomi rakyat serta negara.
Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, buat masa ini PH sedia untuk berganding bahu sekiranya Kerajaan terus mewujudkan program-program bersifat pro-rakyat, serta polisi yang bersesuaian untuk membantu golongan miskin, serta mereka yang kehilangan pekerjaan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, PH mengambil pendirian untuk meredakan suhu politik semasa bagi membolehkan Kerajaan berfungsi dengan baik.
“Kita beritahu (Perdana Menteri), kalau suasana kekal begini (aman), perbanyakkan program pro rakyat, kita tak akan persulitkan,” katanya kepada media ketika ditanya mengenai kemungkinan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sewaktu sesi Parlimen awal bulan September.
BACA: PH tiada masalah jika PM komited tangani COVID-19, ekonomi rakyat - Anwar
BACA: Pertemuan bersama PH: Capai kesepakatan agenda kepentingan rakyat - PM Ismail Sabri
Terdahulu, Ketua Pembangkang itu bersama-sama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, telah mengadakan pertemuan selama sejam dengan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, hari ini.
Dalam kenyataan bersama susulan pertemuan itu, mereka bersetuju untuk memberi tumpuan kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis COVID-19, menjaga nyawa, dan keselamatan rakyat.
Selain itu kenyataan tersebut menyebut, mereka telah mencapai persetujuan bersama dalam memperkasa Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif, supaya lebih telus, dan memenuhi kehendak rakyat.
“Kami juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi, dan tatekelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks ‘Keluarga Malaysia’, “menurut kenyataan bersama itu lagi.
Firdaus Azil
Wed Aug 25 2021
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.