awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNDI18: Kenyataan Rais Yatim mengelirukan, mencabul Perlembagaan Persekutuan - Syed Saddiq

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/03/2021
04:04 MYT
UNDI18: Kenyataan Rais Yatim mengelirukan, mencabul Perlembagaan Persekutuan - Syed Saddiq
Kenyataan Tan Sri Rais Yatim bahawa negara tidak bersedia turunkan had umur mengundi kepada 18 tahun jelas cabul Perlembagaan, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kenyataan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim bahawa Malaysia tidak bersedia untuk memberi kelayakan mengundi kepada rakyat berusia 18 tahun merupakan satu penipuan dan mencabul Perlembagaan Persekutuan, tegas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menurut Ahli Parlimen Muar itu, kelulusan sudah pun diperoleh di peringkat Dewan Rakyat, Dewan Negara dan telah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Justeru, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, dakwaan Rais bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersedia juga adalah mengelirukan, apatah lagi suruhanjaya itu telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa proses pelaksanaan itu berjalan mengikut garis masa yang ditetapkan.
“Saya jumpa satu per satu Ahli Parlimen, daripada kerajaan ataupun pembangkang, juga berjaya di luluskan di Dewan Negara dan telah pun mendapat sokongan daripada Yang di-Pertuan Agong.
“Cuma apabila Tan Sri Rais kata akan ambil masa panjang untuk laksanakan, itu penipuan besar. Kerana apabila kita berunding dengan pihak SPR, pihak Peguam Negara, realiti untuk melaksanakan dan kuatkuasakan undi 18 kita boleh buat pada esok hari,” katanya dalam temu bual bersama Buletin Awani pada Jumaat.
Undi18 | Kenyataan Undi 18 Rais Yatim: Apa reaksi bekas kerajaan?
Pada 10 Mac lepas, Rais dilaporkan sebagai berkata, kelayakan mengundi pada PRU di usia 18 tahun yang sepatutnya berkuatkuasa Julai ini tidak dapat diteruskan walaupun Dewan Rakyat sudah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019.
Bekas Ahli Parlimen Jelebu itu berkata, pelbagai kekangan ke arah pelaksanaannya sebelum negara ini benar-benar bersedia membenarkan pendaftaran pengundi seawal usia itu.
Sehubungan itu, Syed Saddiq menuntut penjelasan daripada pihak berkaitan sama ada kenyataan Speaker Dewan Negara itu mewakili pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan Persekutuan.
"Adakah ini pendirian Bersatu dan pendirian Kerajaan Perikatan Nasional? Maklumkan pada rakyat. Jangan salahkan SPR kerana saya tahu mereka cuba nak salahkan SPR.
"SPR secara rasmi menjawab it is on track dan tiba-tiba dia kata tak boleh. Kita nak tahu kalau ini pendirian Bersatu dan dan pendirian kerajaan Perikatan Nasional, maklumkan pada rakyat supaya rakyat tahu apa nak dilakukan,” tegas Syed Saddiq lagi.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq
#Rais Yatim
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Yang di-Pertuan Agong
#Dewan Negara
#Undi 18
#undang-undang
#pilihan raya umum
#pembangkang
#rakyat
#menteri
#Parlimen
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan