Landskap dunia majalah tentunya berubah dengan kehadiran majalah digital.

Di dunia barat, majalah terkenal seperti Vogue, Elle, Cosmopolitan, Elle, Esquire, Vanita Fair masih kekal sebagai majalah cetak namun memberi plihan kepada pembaca untuk melanggan edisi digital.

Ada edisi digital yang mempunyai kandungan yang sama dengan versi cetak. Namun ada juga yang mempunyai kadungan yang lebih dinamik dan interaktif seperti video dan audio.

Di Malaysia pula, trend majalah digital masih lagi baru namun sudah mempunyai pengikutnya tersendiri.

Sebagai contoh, Astro Digital Publications (penerbit Studio H, Car, Astro View, FHM, InTrend), Blu Inc Media (penerbit majalah Glam dan Cleo) dan Mongoose Publishing (penerbit majalah Time Out Kuala Lumpur, Elle dan Men’s Health) menghasilkan edisi digital untuk kesemua majalah di bawah terbitannya.

Terbaharu, dunia penerbitan dikejutkan dengan penamatan empat majalah di bawah syarikat penerbitan Berita Publishing Sdn Bhd iaitu Jelita, Anjung Seri, Madam Chair dan Malaysian Business.

Menurut laporan mStar, antara faktor yang menyebabkan syarikat itu terpaksa mengambil keputusan adalah kerana saingan yang hebat termasuk pengiklanan yang merosot, kesukaran mengekalkan kakitangan dan Cukai Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Selain itu, adakah ia juga kerana trend majalah digital kian menjadi pilihan utama?

Kami di sini ingin tahu apa pilihan anda. Adakah majalah digital menjadi pilihan?

Kongsi pandangan anda bersama kami.