awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UniSZA, Universiti Durham kaji manuskrip Melayu

Bernama
Bernama
28/07/2019
01:40 MYT
UniSZA, Universiti Durham kaji manuskrip Melayu
UniSZA akan menubuhkan Pusat Kajian Manuskrip secara dalam talian dan menjadi pusat serta tempat rujukan kajian manuskrip Islam.
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Durham, United Kingdom bagi mengukuhkan kerjasama perkongsian bahan maklumat berkaitan sejarah Melayu, semalam.
Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, melalui MoU itu yang ditandatangani di United Kingdom, UniSZA bertanggungjawab menjaga serta mengkaji kira-kira 30,000 muka surat manuskrip lama berkaitan sejarah Melayu yang amat tinggi nilainya diambil dari Universiti Durham.
"Manuskrip berusia itu akan didigitasikan dan ditempatkan di perpustakaan UniSZA yang menjadi pangkalan digital katalog dokumen rasmi berkaitan sejarah alam Melayu.
"Untuk itu, UniSZA akan menubuhkan Pusat Kajian Manuskrip secara dalam talian dan menjadi pusat serta tempat rujukan kajian manuskrip Islam yang terbesar di Asia Tenggara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hassan Basri berkata selain menjalankan kajian ke atas manuskrip, MoU itu juga melibatkan aspek perkongsian pengalaman, penganjuran persidangan serta pertukaran ahli akademik melibatkan tenaga pengajar dan mahasiswa.
"Kerjasama erat ini bukan sahaja akan memajukan UniSZA, malah membantu negara dalam mencapai aspirasi untuk menjadi hab pendidikan manuskrip lama alam Melayu," katanya.
Topic Berkaitan
#Alam Melayu
#Durham
#Durham University
#Islam
#Melayu
#pendidikan
#UniSZA
#United Kingdom
#Universiti Durham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan