awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit baharu pantau KPI Kementerian Sabah ditubuh

Bernama
Bernama
28/05/2018
01:46 MYT
Unit baharu pantau KPI Kementerian Sabah ditubuh
Mohd Shafie berkata akan meneliti penyambungan perkhidmatan penjawat awam negeri yang melepasi usia 58 tahun. - Gambar fail
Kerajaan negeri akan mewujudkan unit baharu bagi memantau perkembangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap kementerian di negeri ini.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata penilaian terhadap setiap kementerian itu akan dilaporkan setiap tahun.
"Kita (kerajaan negeri) mempunyai peranan bagi memastikan rakyat merasa kekayaan yang ada di Sabah ini," katanya pada majlis kesyukuran Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Penampang di sini malam tadi.
Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan berkata akan meneliti penyambungan perkhidmatan penjawat awam negeri yang melepasi usia 58 tahun.
Katanya langkah ini diambil kerajaan negeri baharu itu bagi memastikan peluang kenaikan pangkat golongan muda dalam perkhidmatan awam negeri tidak terbantut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian
#kerajaan
#Ketua Menteri
#KPI
#Mohd Shafie Apdal
#Parti Warisan Sabah
#Penampang
#penjawat awam
#Petunjuk Prestasi Utama
#Sabah
#unit baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan