awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit Sime Darby selesaikan pengambilalihan pegangan UMW pada harga RM3.57 bilion

Bernama
Bernama
13/12/2023
09:14 MYT
Unit Sime Darby selesaikan pengambilalihan pegangan UMW pada harga RM3.57 bilion
Susulan pengambilalihan itu, pegangan saham Sime Darby Enterprise dalam UMW telah meningkat daripada sifar kepada 714,813,100 saham UMW.
KUALA LUMPUR: Sime Darby Enterprise Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh tidak langsung Sime Darby Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan 61.18 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd pada harga RM3.57 bilion.
Susulan pengambilalihan itu, pegangan saham Sime Darby Enterprise dalam UMW telah meningkat daripada sifar kepada 714,813,100 saham UMW.
"Oleh itu, UMW telah menjadi anak syarikat tidak langsung Sime Darby," kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Syarikat itu juga telah mencadangkan tawaran pengambilalihan mandatori untuk membeli semua baki saham UMW yang belum dimiliki oleh Sime Darby Enterprise dan Sime Darby selepas pengambilalihan.
Dalam makluman berasingan, Sime Darby mengumumkan ketua pegawai kewangannya Mustamir Mohamad berundur daripada jawatannya untuk menyandang jawatan presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan UMW berkuat kuasa pada Rabu.
Mustamir menggantikan Datuk Seri Ahmad Fuaad Mohd Kenali.
Manakala Muhammad Noor Abd Aziz yang sebelum ini merupakan ketua pegawai kewangan Sime Darby Motors dari September 2020 hingga Oktober 2023 akan menggantikan Mustamir sebagai ketua pegawai kewangan Sime Darby.
Sementara itu, UMW berkata ketua pegawai eksekutif kumpulan Sime Darby Datuk Jeffri Salim Davidson dan Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob telah menyertai lembaga pengarahnya.
Sebaliknya, Kartini Abdul Manaf dan Ahmad Adib Mukhtar meletakkan jawatan mereka sebagai pengarah dan pengarah gantian berkuat kuasa hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sime Darby
#UMW
#pegangan saham
#ambil alih kepentingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan