Universiti Malaya (UM) menduduki tempat antara 400 teratas dalam Times Higher Education World University Rankings 2018, termasuk dalam senarai 1,000 universiti teratas dari 77 negara.
Dalam kenyataan hari ini, Times Higher Education (THE) berkata UM, yang baru dimasukkan ke dalam senarai itu, termasuk dalam kelompok 351-400, manakala Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), yang disenaraikan untuk julung kalinya, masing-masing termasuk dalam kelompok 501- 600 dan 801-1,000.
Tiga universiti itu adalah antara lapan universiti Malaysia yang termasuk dalam 1,000 universiti teratas, berbanding tujuh pada 2017.
Lima universiti lagi ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi Petronas, yang termasuk dalam kelompok 601-800.
"Malaysia adalah satu daripada negara universiti memuncul di Asia. Ia mencatat satu daripada kadar pertumbuhan terpantas dari segi penghasilan kertas penyelidikan (walaupun pada asas rendah), keupayaan latihan Doktor Falsafah (PhD) telah meningkat dan memiliki kemampuan besar yang diperlukan untuk melabur dalam sektor pendidikan tinggi.
"Sekiranya Malaysia memanfaatkan ciri ini, ia boleh menambah baik rankingnya dalam masa dua tahun akan datang," kata THE.
Pengarah Editorial THE Global Rankings Phil Baty berkata adalah menggembirakan apabila melihat Malaysia menambah baik kedudukannya dari segi ranking, walaupun persaingan semakin sengit, dengan beberapa negara Asia lain begitu melonjak kedudukan mereka.
"Malaysia telah lama dianggap sebagai satu daripada negara universiti memuncul paling terkemuka di Asia dan keputusan tahun ini menunjukkan usaha gigih yang dilakukannya kini mula membuahkan hasil," kata beliau.
Baty berkata Malaysia perlu memastikan ia mampu mengekalkan pelaburannya dalam universiti jika ingin menambah baik kedudukannya di peringkat global.
THE World University Rankings adalah satu-satunya jadual prestasi yang membuat penghakiman tentang universiti berintensifkan penyelidikan, yang merangkumi bidang pendidikan, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan gambaran antarabangsa.
Di peringkat global, University of Oxford, United Kingdom (UK) kekal di tempat teratas dalam THE World University Rankings 2018; University of Cambridge, UK (tempat kedua), California Institute of Technology, Amerika Syarikat (Amerika) dan Stanford University, Amerika (tempat ketiga) dan Massachusetts Institute of Technology, Amerika (tempat kelima).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2017
THE World University Rankings adalah satu-satunya jadual prestasi yang membuat penghakiman tentang universiti berintensifkan penyelidikan, yang merangkumi bidang pendidikan, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan gambaran antarabangsa.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan beberapa negeri
Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh disyaki mangsa eksploitasi seks
Jabatan Imigresen (JIM) menyelamatkan dua wanita warga Bangladesh berusia 30 dan 34 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks, dalam satu operasi di Kuala Lumpur semalam.
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan.
Beberapa laluan utama Lembah Klang dilanda banjir kilat
Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Selasa.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.