awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Universiti perlu sedia peluang, sokongan cungkil potensi penuntut - Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/12/2018
05:02 MYT
Universiti perlu sedia peluang, sokongan cungkil potensi penuntut - Tun Mahathir
Tun Mahathir menerima anugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Seni bagi Bidang Kepimpinan Sosial, Keusahawanan dan Politik yang disampaikan Presiden universiti tersebut, Dr Arthit Ourairat. - Bernama
Universiti perlu memainkan peranan dalam menyediakan peluang dan sokongan kepada para penuntut untuk menceburi bidang baru selain mencungkil potensi diri terutama dalam bidang penyelidikan.
Bercakap pada Majlis Konvokesyen Rangsit University di sini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan usaha tersebut bukan sahaja perlu didokong oleh kerajaan, sebaliknya meletakkan komitmen tersebut sebagai keutamaan seperti yang dilakukan di banyak negara maju.
“Walaupun sebahagian universiti penyelidikan di dunia ini belum mencapai peringkat teratas pada kedudukan global, namun mereka memainkan peranan penting dalam merealisasikannya untuk bersama bersaing dalam kelompok masyarakat berpengetahuan global.
“Bangga untuk saya katakan bahawa Rangsit University sudah bergerak ke arah itu. Saya turut berharap untuk melihat lebih banyak kerjasama antara Rangsit University dan universiti-universiti di Malaysia,” katanya di hadapan lebih 5,000 graduan yang menghadiri majlis konvokesyen tersebut di sini pada Ahad.
Beliau sebelum itu menerima anugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Seni bagi Bidang Kepimpinan Sosial, Keusahawanan dan Politik yang disampaikan Presiden universiti tersebut, Dr Arthit Ourairat.
Hadir sama pada majlis penganugerahan itu adalah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani dan beberapa lagi wakil daripada universiti awam dan swasta Malaysia.
Mengulas penganugerahan yang diberi, Dr Mahathir merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Rangsit University.
“Saya amat menghargai penganugerahan ini dan akan terus menyumbang kepada rakyat Malaysia dan negara-negara seluruh dunia,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#penyelidikan
#rangsit university
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan