awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unjuran KDNK suku pertama 2020 diumum pada Rabu

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2020
01:20 MYT
Unjuran KDNK suku pertama 2020 diumum pada Rabu
Pertumbuhan negara pada 2020 dijangka dipengaruhi permintaan global yang lemah, gangguan kepada rantaian bekalan dan langkah pengawalan COVID-19 di dalam dan luar negara. - AP Photo/Vincent Thian
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2020 pada Rabu.
Angka ini akan mengambil kira sekitar dua minggu negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada akhir Mac 2020.
BNM pada awal April mengunjurkan ekonomi Malaysia akan tumbuh antara negatif 2.0 peratus dan positif 0.5 peratus.
Pertumbuhan negara pada 2020 dijangka dipengaruhi permintaan global yang lemah, gangguan kepada rantaian bekalan dan langkah pengawalan COVID-19 di dalam dan luar negara.
BNM juga menjangka Pakej Rangsangan Ekonomi dan Prihatin Rakyat yang diumumkan sebelum ini akan menambah 2.8 peratus kepada pertumbuhan negara pada 2020.
Dalam masa yang sama, beberapa hari lepas, IHS Markit menjangka KDNK Malaysia akan susut kepada kadar tahunan 2.2 peratus bagi suku pertama 2020 berbanding 3.6 peratus pada suku keempat 2019.
BACA: KDNK ASEAN-5 berkembang pada 7.8 peratus, Malaysia pada 9 peratus pada 2021 - IMF
BACA: KDNK -0.1 peratus, isi rumah terkesan - Yusof Saari
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#COVID-19
#ekonomi
#KDNK
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan