Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata unjuran pertumbuhan Malaysia pada kadar 4.3 hingga 4.5 peratus tahun ini, hanya merupakan sesuatu yang diimpikan oleh negara maju.
Beliau berkata perubahan besar berlaku di seluruh dunia pada tahun 2016, dengan mata wang pasaran pesat membangun, termasuk Malaysia, tidak terlepas daripada kesan peningkatan nilai dolar US.
"Anggaran kadar pertumbuhan negara kita sebanyak 4.3 hingga 4.5 peratus tahun ini hanya merupakan sesuatu yang diimpilkan oleh negara maju di Eropah dan Amerika Utara.
"Namun di sini, kerajaan terus meningkatkan komitmen untuk membangunkan masyarakat yang lebih selamat, makmur dan saksama," katanya dalam perutusan Tahun Barunya hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan berjaya mengekalkan defisit bajet, inflasi dan kadar pengangguran yang rendah, selain membangunkan ekonomi yang berdaya tahan walaupun keadaan dunia yang tidak menentu.
"Rakyat Malaysia sewajarnya bangga terhadap pertumbuhan yang kita telah capai," katanya.
Beliau berkata rakyat Malaysia juga perlu bangga atas laporan terkini Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memuktamadkan bahawa 'Meskipun wujud halangan, prestasi ekonomi Malaysia terus meningkat."
IMF memperakui usaha kerajaan dalam melaksanakan dasar kepelbagaian, fleksibiliti dalam kadar tukaran, dan memperkukuh pasaran kewangan.
Ia memuji pembaharuan dalam menggalakkan penyertaan pekerja wanita, meningkatkan kualiti pendidikan, meningkatkan produktiviti, melabur dalam infrastruktur serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan, katanya.
"Penilaian seperti ini adalah bebas dan dilakukan oleh pakar-pakar terkemuka dunia," kata Najib yang menambah, ini mencerminkan gambaran sebenar Malaysia.
"IMF memuji kita yang membuat 'kemajuan signifikan ke arah merealisasikan status negara berpendapatan tinggi". Inilah realitinya," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk mengurangkan beban masyarakat dalam menyediakan kehidupan yang baik untuk keluarga mereka.
Beliau menegaskan Bajet 2017 memberi perhatian khusus terhadap keperluan Kumpulan isi rumah 40 peratus terbawah (B40) dan Kumpulan 40 peratus pertengahan (M40), dengan mengumumkan pelbagai langkah untuk memastikan tiada yang ketinggalan daripada memiliki rumah mampu milik baharu, pelepasan cukai dan pakej makanan berkhasiat untk beratus ribu pelajar sekolah.
"Usaha kerajaan untuk meningkatkan kebajikan rakyat Malaysia ini disandarkan kepada komitmen dalam tadbir urus yang baik," katanya.
Najib berterima kasih kepada pelbagai individu dalam perkhidmatan awam yang meningkatkan kecekapan dan memastikan peruntukan kerajaan digunakan dengan sebaik mungkin.
"Dalam jangka panjang, pertumbuhan kita mesti berkekalan dan dikongsi secara saksama.
"Projek infrastruktur berskala besar yang dilaksanakan di seluruh negara akan membantu kita mencapai matlamat itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2016
PM Najib: Unjuran pertumbuhan Malaysia pada kadar 4.3 hingga 4.5 peratus tahun ini, hanya merupakan sesuatu yang diimpikan oleh negara maju. - Gambar fail
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Nur Shazrin masih plilhan utama ke Paris - MSA
MSA tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Unjuran pertumbuhan 4.3 sehingga 4.5 peratus hanya suatu impian oleh negara maju - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata unjuran pertumbuhan Malaysia pada kadar 4.3 hingga 4.5 peratus tahun ini, hanya merupakan sesuatu yang diimpikan oleh negara maju.