awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPM perbaiki kedudukan dalam QS World University Rankings 2021

Bernama
Bernama
10/06/2020
21:14 MYT
UPM perbaiki kedudukan dalam QS World University Rankings 2021
Pencapaian ini selari dengan visi UPM iaitu, menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa yang membantu melonjakkan lagi tahap kecemerlangan UPM. - Gambar fail
Kedudukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam QS World University Rankings 2021, melonjak ke tangga 132 universiti terbaik di dunia berbanding tangga 159 tahun lepas.
Menurut Naib Canselor universiti itu Datuk Dr Aini Ideris, ia merupakan peningkatan secara berterusan selama tujuh tahun berturut-turut, sekali gus membolehkan UPM mengekalkan kedudukan sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia.
"Kejayaan ini turut menyaksikan prestasi UPM naik dalam hampir semua indikator yang dinilai, dengan indikator pelajar antarabangsa meraih markah tertinggi, selari dengan usaha UPM dalam memperkukuhkan kerjasama antarabangsa melalui pelbagai program pengantarabangsaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya kejayaan yang cukup memberangsangkan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen seluruh warga UPM, yang beriltizam untuk meletakkan UPM pada kedudukan yang terbaik di dunia.
Ini juga katanya, selari dengan visi UPM iaitu, menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa yang membantu melonjakkan lagi tahap kecemerlangan UPM, malah turut memberi sumbangan bermakna kepada kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.
"Pencapaian ini menaikkan lagi semangat warga UPM untuk terus mengorak langkah bagi mencapai aspirasi dan sasaran Putra Global 100 (PG100), iaitu menjadi 100 universiti terbaik di dunia dalam tempoh tiga tahun yang akan datang," katanya.
Sementara itu, keputusan yang diumumkan itu menyaksikan 1,604 universiti antarabangsa dinilai, namun hanya 1002 universiti dari 93 buah negara sahaja yang tersenarai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aini Ideris
#cemerlang
#IPT
#kedua terbaik
#markah tertinggi
#pelajar
#QS World University Rankings 2021
#universiti
#universiti bereputasi antarabangsa
#Universiti Putra Malaysia
#UPM
#visi UPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan