TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyasarkan untuk menjadi universiti berkedudukan 150 terbaik di Asia dalam bidang pendidikan tahun hadapan, kata Naib Canselor Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.
Beliau berkata UPSI yang kini berkedudukan 182 terbaik di Asia dan ke-43 terbaik di Asia Tenggara mampu melonjakkan kedudukannya menerusi pendekatan seperti menggabungkan elemen teknologi dengan keinsanan dalam usaha melahirkan siswazah berkualiti.
"Saya percaya gabungan (teknologi dan keinsanan) ini adalah penting kerana dalam kehidupan ini kita memerlukan keseimbangan kedua-duanya, bermakna teknologi dan nilai-nilai keinsanan inilah yang akan dibawa, diterapkan dalam kalangan mahasiswa.
"Selain itu, kita juga akan mewujudkan 'industri di dalam universiti' kerana seperti yang kita tahu Proton berada di sebelah kampus kita, di Proton City.
"Jadi kita akan bekerjasama dengan industri seperti Proton, DRB-HICOM dan Perodua untuk melaksanakan inisiatif ini dalam menghasilkan teknologi automotif masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Santapan Seluhur Budi Sekalung Kasih sempena Kemuncak Sambutan 100 Tahun UPSI di Dewan Tuanku Canselor UPSI malam tadi.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis itu.
Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
BACA: Agong dan Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Sambutan 100 Tahun UPSI
BACA: 100 tahun UPSI: Laluan Warisan Sejarah UPSI ibarat 'kampus dalam muzium', pertama di Malaysia
Md Amin berkata UPSI telah melahirkan pendidik, nasionalis dan cendekiawan sejak institusi yang bersejarah itu ditubuhkan pada 1922.
"UPSI bukan hanya melahirkan guru, tetapi nasionalis yang memperjuangkan kemerdekaan yang bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di segenap nusantara.
"Inilah sumbangan UPSI yang paling hebat dan kita akan teruskan usaha melahirkan lebih ramai golongan pendidik yang cakna terhadap masyarakat dan membantu pembangunan negara," katanya.
UPSI ditubuhkan pada 1922 dengan dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC) dan dinamakan sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada 1957 dan kemudian Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) (1987), sebelum dinaik taraf kepada universiti pada 1997.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat pada Majlis Santapan Seluhur Budi Sekalung Kasih di UPSI, Tanjong Malim semalam. Turut berkenan berangkat, Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara. --fotoBERNAMA
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
UPSI tersenarai 601 ranking terbaik dunia
Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) disenaraikan di kedudukan ke-601 terbaik dunia berdasarkan Times Higher Education World University Rankings.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Perselisihan perhubungan dipercayai punca Nur Farah Kartini dibunuh
Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.
UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini
UPSI menyalurkan bantuan kepada keluarga bekas pelajarnya Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, termasuk kos penginapan dan pengangkutan sepanjang tempoh mereka berada di Tanjung Malim.
Cakna kepentingan ilmu, perkasa ummah faktor Sultan Nazrin dikagumi rakyat
Sifat Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang cakna terhadap ilmu pengetahuan amat disanjung warga institusi pendidikan tinggi di negara ini.
Bandar PR1MA pertama dilancarkan tahun ini - Nga
Bandar Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) pertama di negara ini yang dibina di Teluk Intan, bakal dilancarkan tahun ini.
Anwar lulus RM25 juta tambah blok kediaman pelajar UPSI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk membina 18 blok tambahan kolej kediaman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.
Isu PTPTN: Kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan negara - PM Anwar
Anwar meminta Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Zambry Abdul Kadir untuk mengkaji cadangan tersebut, dan membawanya kepada MoF.
Temu Anwar: PM gesa mahasiswa tolak pemikiran jumud, lapuk
Mahasiswa juga perlu terapkan budaya membaca dalam kalangan masing-masing, dan tingkatkan penguasaan bahasa, khususnya Bahasa Kebangsaan.