KUALA LUMPUR: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak akan dikembalikan buat masa ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kementerian memberi tumpuan kepada pendekatan yang lebih holistik apabila melibatkan pembangunan pelajar.
Sehubungan itu, beliau berkata model pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan pentaksiran berasaskan bilik darjah (PBD) adalah pendekatan yang lebih holistik.
"Adakah UPSR dan PT3 akan dikembalikan, buat sementara ini KPM memang beri fokus kepada perkembangan murid secara holistik.
"Jadi pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan pentaksiran berasaskan bilik darjah (PBD) memberi ruang dan peluang untuk membangunkan potensi murid secara menyeluruh dan dilaksanakan secara berterusan.
"Jadi pada masa sekarang kita tidak akan kembalikan UPSR dan PT3," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Rasah Cha Chee Kin di Dewan Rakyat pada Selasa.
Peperiksaan UPSR yang merupakan peperiksaan penilaian murid Tahun Enam telah dimansuhkan pada 2021 manakala peperiksaan PT3 dibatalkan pada 2022.
Disember lalu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta ibu bapa memberi ruang dan kepercayaan kepada pelaksanaan sistem PBS iaitu penilaian bersifat holistik untuk mengetengahkan potensi diri murid yang tidak hanya berpandukan pencapaian peperiksaan akademik semata-mata.
Fadhlina berkata sistem pendidikan negara sebelum ini dilihat terlalu berorientasikan kepada peperiksaan akademik adalah bersifat 'high stake' yang memberi tekanan kepada murid serta guru.
Katanya, PBS dapat menilai murid bukan sahaja berasaskan pencapaian akademik malah merangkumi aspek pembangunan potensi diri atau proses ansur maju kanak-kanak yang tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja.
Astro Awani
Tue Jun 06 2023

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata model pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan pentaksiran berasaskan bilik darjah (PBD) adalah pendekatan yang lebih holistik.- Gambar fail

Jerebu: Golongan berisiko dinasihat ambil langkah pencegahan
Mereka juga disarankan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala sesak nafas, mengalami jangkitan selaput mata (konjunktivitis) atau serangan asma.

Tamatkan monopoli untuk tingkatkan keterjaminan bekalan beras - IDEAS
IDEAS menyeru untuk pendekatan berperingkat dalam pelaksanaan reformasi yang dilaksanakan dengan baik menjelang tahun 2031 bagi memudahkan peralihan ke pasaran terbuka dan penyahkawalseliaan import.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia, Jin Wei lolos mudah ke pusingan 16
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, melangkah ke pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki dan wanita sebentar tadi.

India tuntut Kanada panggil balik kira-kira 40 diplomat sebelum 10 Okt
Sumber lain berkata New Delhi telah mengancam untuk membatalkan kekebalan diplomatik diplomat Kanada yang kekal selepas tarikh itu.
#AWANIByte: INNOVATHON bantu inovator mengkomersialkan produk inovasi mereka
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin juara INNOVATHON, NACOTS dapat mengkomersilkan hasil ciptaan mereka jika dipadankan dengan pemain industri yang betul. Pendapatnya disokong Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang yang menyifatkan INNOVATHON berupaya mempercepatkan pengkomersialan sesuatu inovasi.
AWANI Ringkas: Lima rakan didakwa rompak kilang elektronik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB lulus misi keselamatan bantu Haiti tangani keganasan berkumpulan
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.

SPRM tahan Datuk Seri disyaki kemuka tuntutan palsu RM60,000
SPRM menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.

UPSR dan PT3 tidak akan dikembalikan buat masa ini - Timbalan Menteri Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kementerian memberi tumpuan kepada pendekatan yang lebih holistik apabila melibatkan pembangunan pelajar.

UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan
KPM kekal dengan keputusan untuk tidak mengembalikan peperiksaan awam UPSR dan PT3, walaupun terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu ia dilaksanakan semula.

Pemansuhan UPSR, PT3 beri ruang pelaksaaan PBS lebih berkesan - Mohd Radzi
Pemansuhan UPSR dan PT3 dalam sistem pendidikan negara adalah bagi membolehkan pelaksanaan PBS dengan lebih berkesan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah sudah diperkenalkan sejak 2011 - Radzi
Sejak pemansuhan UPSR dan PT3, Mohd Radzi berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menumpukan kepada pemerkasaan PBS.

Maszlee kemuka pelan cadangan baik pulih pendidikan kepada kerajaan
Maszlee Malik mengemukakan satu pelan cadangan kepada kerajaan untuk membaik pulih sistem pendidikan negara ketika dilanda pandemik COVID-19.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mei 2021.

Garis Masa: Apa yang berlaku sepanjang April 2021?
SEPANJANG 30 hari bulan ini, pelbagai perkara suka dan duka telah berlaku di dalam serta luar negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 April 2021.

UPSR dalam kenangan 1988-2021
Aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

UPSR berorientasi peperiksaan, tidak penuhi definisi pendidikan - Tan Sri Alimuddin
Cadangan itu telah lama dikemukakan supaya sistem pendidikan rendah tidak hanya tertumpu kepada UPSR sahaja.