Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, UPSR akan dikekalkan bagi menilai tahap pencapaian murid sekolah rendah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peperiksaan itu penting dalam usaha menguji pengetahuan murid selama enam tahun di sekolah berkenaan.
"UPSR akan ada setiap tahun, peperiksaan itu akan kekalkan. Selepas 6 tahun kita hendak tahu macam mana (murid) terima ajaran guru dan apa pencapaian. Sebab itu ia kekal,"
"Apa-apa keputusan pun mereka akan naik ke tingkatan satu, tetapi ibu bapa hendak tahu di mana mereka berada,sebab itu kita teruskan dasar yang telah lama kita laksanakan," katanya selepas meninjau perjalanan peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Presint 16(2) di Putrajaya.
Muhyiddin berkata, UPSR mampu melahirkan pelajar berfikiran tinggi termasuk keupayaan menganalisa, dan memahami secara mendalam serta tidak hanya menghafal.
Malah , proses pembelajaran berkenaan akan berterusan sehingga sekolah menengah dengan bimbingan diberikan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PBS.
"Mereka akan terus dibimbing menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang kita laksanakan. Mudah-mudahan ini akan mencipta pelajar-pelajar yang lebih cemerlang dan mempunyai pemikiran aras tinggi dipanggil 'higher order thinking skills'," kata beliau.
Muhyiddin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid yang menduduki UPSR dan berharap mereka memperoleh keputusan cemerlang tahun ini.
"Yang penting fokus kepada soalan, dan banyakkan berdoa supaya cita-cita murid-murid tercapai dan kejayaan yang cemerlang itu akan berhasil,"
"Saya juga harap keputusan UPSR tahun ini akan lebih meningkat dan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya," tambahnya.
Seramai 472,853 murid menduduki peperiksaan itu di 8,384 sekolah di seluruh negara menerusi 8,299 pusat peperiksaan.
Peperiksaan UPSR bermula 9 September dan akan berakhir 11 September ini.
Rahimah Abdullah
Tue Sep 09 2014
Sebahagian murid Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I di sini menjawab soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini -- fotoBERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.