Pergerakan Puteri UMNO meminta ibu bapa dan orang ramai tidak cepat menyalahkan mana-mana pihak berhubung kejadian kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membabitkan subjek Sains dan Bahasa Inggeris.
Ketuanya, Mas Ermieyati Samsuddin sebaliknya mahu ibu bapa menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
"Kita gesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab dan mengenakan hukuman yang setimpal ke atas mereka.
"Kementerian Pendidikan serta agensi kerajaan yang terlibat diminta mengambil langkah segera memperbaiki kelemahan yang ada agar kejadian kebocoran soalan peperiksaan seperti ini tidak berulang," katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Rabu, kertas Bahasa Inggeris dan Sains didapati bocor dan tersebar luas di media sosial.
Tambah Mas Ermieyati kejadian seperti ini tidak akan berlaku sekiranya semua pihak yang terlibat menguruskan kertas-kertas peperiksaan itu dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berintegriti.
"Ini kerana sedikit sahaja tanggungjawab, amanah dan integriti dicabul ia jelas memberikan kesan yang buruk bukan sahaja kepada anak-anak kita yang menduduki peperiksaan tetapi juga ibu bapa dan para guru," ujarnya.
Tambahnya, kejadian itu diharap dapat menjadi iktibar kepada semua pihak termasuk ibu bapa yang terlalu ghairah untuk melihat anak-anak mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
"Bayangkan jika soalan-soalan ini bocor dan tidak disedari, ia sudah pasti merugikan murid-murid itu sendiri kerana tidak ada gunanya memperoleh keputusan cemerlang jika atas bantuan soalan-soalan yang sudah bocor.
"Mungkin sudah tiba masanya agensi berkaitan menyemak semula prosedur pengurusan soalan peperiksaan memandangkan kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sekarang, perkara-perkara di luar dugaan boleh berlaku," katanya.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati turut menyeru ahli-ahli politik pembangkang agar jangan cuba 'menangguk di air keruh' dengan cepat menuding jari kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan dalam isu berkenaan.
Astro Awani
Thu Sep 11 2014
MAS ERMIEYATI: Puteri UMNO minta ibu bapa tidak cepat tuding jari - Gambar Fail
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.
Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.
Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB
Siling ruang istirahat Gate G6 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami sedikit kebocoran pagi ini.
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor
Presiden Mexico, Andrs Manuel Lpez Obrador menjelaskan, kebakaran susulan kebocoran paip gas di Teluk Mexico adalah satu kemalangan.
Ikhtiar untuk terus hidup, pemancing catu air minuman
Mereka memulakan perjalanan ke tengah laut pada pukul 4.00 petang Isnin lepas sebelum kipas bot terjatuh pada pukul 8.00 malam.
KPM kaji penyelarasan jadual peperiksaan - Radzi
Menterinya, Dr Radzi Jidin berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk melihat pendekatan terbaik sebelum ia dilaksanakan.
Soalan Sejarah SPM didakwa bocor: Diam, tiada kenyataan rasmi tidak selesaikan masalah - PIBGN
Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, mendiamkan diri bukanlah langkah penyelesaian terbaik.
Dakwaan soalan SPM bocor: Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tidak perlu menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.
SPM 2020: Soalan Sejarah Kertas 2 didakwa bocor?
Laporan itu mendakwa, antara soalan bocor yang tersebar adalah topik berkaitan 'Penentangan di Perak', 'Maritim' dan 'Wawasan 2020'.