KUALA LUMPUR: Pelajar tidak boleh dijadikan sebagai penanggung beban dan diminta menduduki semula peperiksaan Kertas 2 subjek Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya dakwaan kebocoran soalan adalah benar.
Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tiada perlu menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.
“Jangan pelajar pula yang perlu menanggung beban kertas soalan yang didakwa bocor.
“Kami mengalu-alukan bahawa semua calon SPM diberi markah lulus dan tidak perlu menduduki semula kertas peperiksaan itu (jika dakwaan bebocoran soalan itu benar),” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Tunku Munawirah berkata Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menjalankan siasatan yang mendalam dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bersubahat, sekiranya benar-benar terdapat kebocoran pada kertas peperiksaan berkenaan.
“Guru atau mana-mana pihak yang bersubahat itu perlu dipecat tanpa pencen, didenda dan dipenjarakan kerana gagal menegakkan integriti dan profesionalisme perguruan.
“Sebaik-baiknya bagi memastikan perkara sebegini tidak berlaku lagu pada masa hadapan, tindakan tegas terhadap pesalah perlu dijadikan iktibar kepada guru-guru dan kakitangan terbabit supaya tidak melakukannya.
“Guru perlu memartabatkan kegigihan dan ketelusan demi kejayaan anak murid mereka,” jelasnya.
Pada Rabu, memetik laporan The Star, topik bagi soalan kertas Kertas 2 subjek Sejarah dikatakan tersebar di aplikasi WhatsApp sebelum calon menduduki peperiksaan subjek berkenaan jam 10 pagi Rabu.
Laporan itu mendakwa, antara topik bocor yang tersebar adalah topik berkaitan 'Penentangan di Perak', 'Maritim' dan 'Wawasan 2020'.
Isabelle Leong
Thu Feb 25 2021

Tunku Munawirah berkata KPM perlu menjalankan siasatan yang mendalam dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bersubahat, sekiranya benar-benar terdapat kebocoran pada kertas peperiksaan berkenaan. - Gambar hiasan

Peranti Siswa | Majlis perwakilan pelajar bantu kemuka rayuan
Majlis perwakilan pelajar diberi tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan Program Peranti Siswa bagi mengemukakan semula rayuan mereka. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Politik | BN belum putuskan kedudukan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Umrah | PUHAZ tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram
Persatuan Pengendali Umrah, Haji Dan Ziarah Perak (PUHAZ) mengesahkan tidak terlibat dalam mengendalikan urusan umrah seorang seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lengkap seperti lelaki di tanah suci Mekah yang tular baru-baru ini. Setiausaha Agungnya, Abdul Jabbar Abdul Kahar menjelaskan hasil maklumat awal, tiada mana-mana antara 35 syarikat pelancongan dan umrah di bawah persatuan itu terlibat urusan wanita yang didakwa beralamat di Bota, Perak.

Musim Kemarau | Bomba beri tumpuan lokasi panas di tujuh negeri
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi tumpuan di beberapa lokasi panas kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka bagi menghadapi musim kemarau seluruh negara dijangka September depan. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, selepas berakhirnya monsun timur laut, lazimnya musim kemarau akan berlaku dan tahun ini dijangka panas yang agak panjang dan ekstrim.

Polis sahkan rakyat Malaysia disyaki terlibat kes makmal syabu ditahan di Indonesia
PDRM mengesahkan seorang lelaki Malaysia ditahan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia pada bulan lepas di Batam.

10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Ogos 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis siasat kes kanak-kanak 3 tahun dipukul guru tadika
Polis telah menerima laporan berkaitan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipukul oleh guru di sebuah tadika di Kepong.

Jabatan Perikanan pantau fenomena ikan bilis terdampar di Pulau Pangkor
Jabatan Perikanan Negeri Perak akan memantau fenomena ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor dari semasa ke semasa.

Keputusan permohonan sambung pengajian ke universiti diumum esok
Lepasan SPM boleh semakan keputusan bermula dari pukul 12 tengah hari esok sehingga 5 petang 31 Julai ini.

Batal keputusan Sejarah SPM 15 pelajar, KPM hormati keputusan Lembaga Peperiksaan - Radzi
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata LP adalah lembaga bebas dan selagi ia mematuhi protokol yang ditetapkan, segala keputusan yang dibuat harus dihormati.

Kini era peluang pekerjaan dicipta, bukan mencari kerja
Pelajar-pelajar pula tidak seharusnya terbeban untuk memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang biarpun tidak dinafikan sekeping sijil mampu mencipta peluang pekerjaan.

Tiada perancangan kaji semula Sejarah subjek wajib lulus SPM
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengkaji semula Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

70,455 calon SPM tercicir, Untuk Malaysia mahu penjelasan Kementerian Pendidikan
Kementerian Pendidikan digesa memberi penjelasan mengenai kedudukan 6.2 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 yang tidak menduduki peperiksaan itu.

Isu peribadi, 'ekonomi gig' antara sebab calon tidak duduki SPM - Radzi Jidin
Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin tidak menolak keputusan untuk bekerja dalam sektor ekonomi gig menjadi antara penyebab calon SPM 2021 tidak menduduki peperiksaan utama berkenaan.

YIPP gerakkan usaha pastikan pelajar tahfiz duduki peperiksaan SPM
YIPP menggerakkan program dikenali sebagai 'fast track' SPM dengan menyasarkan 200 pelajar tahfiz untuk mengambil SPM bermula Julai 2022.

787 calon SPM 2021 di Perak peroleh semua A
Indeks gred purata negeri bagi SPM negeri Perak tahun 2021 ialah 4.96.

Calon SPM boleh semak keputusan bermula 10 pagi hari ini
Selain menyemak keputusan di sekolah masing-masing, calon sekolah dan calon persendirian boleh memilih dua kaedah lain.

Bayaran elaun petugas pentaksiran, pemeriksa SPM 2021 mulai esok - Radzi
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin mengarahkan elaun petugas pentaksiran dan pemeriksa bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dibayar mulai esok.