awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Urusan membawa pulang jenazah pendaki ke tanah air sedang diusahakan

Bernama
Bernama
29/11/2016
13:51 MYT
Urusan membawa pulang jenazah pendaki ke tanah air sedang diusahakan
Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said berkata pihaknya akan ke Amol bagi mendapat pelepasan pihak berkuasa Iran untuk membawa jenazah Syed Redzuan, 50, ke ibu negara Iran, Tehran. - Foto Rozaimi Mohd Said
Urusan membawa pulang jenazah Syed Redzuan Syed Salim Shatri, pendaki warga Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran, sedang diusahakan.
Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said berkata pihaknya akan ke Amol bagi mendapat pelepasan pihak berkuasa Iran untuk membawa jenazah Syed Redzuan, 50, ke ibu negara Iran, Tehran, sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
"Perkara ini akan diusahakan dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Iran," katanya kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp. Beliau berada di Reyneh, kira-kira 86km dari bandar Amol.
Terletak di utara Iran, Amol berada kira-kira 180km perjalanan darat dari Tehran. Gunung Damavand, gunung tertinggi di Timur Tengah, terletak di selatan Amol.
Semalam, jasad Syed Redzuan ditemukan pasukan mencari dan menyelamat di Yakhar Glacier di kawasan pergunungan bersalji itu.
Syed Redzuan dan Ramli Abd Majid, 44, dilaporkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu pada 20 Nov lepas setelah terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.
Rozaimi seterusnya berkata pihaknya dimaklumkan bahawa tiada usaha mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan untuk menjejaki Ramli hari ini atas faktor cuaca.
"Pihak SAR tidak memaklumkan tempoh masa tetapi berkata akan menyambung semula usaha mereka apabila cuaca semakin baik, dan ini boleh dilakukan tanpa perlu menunggu perubahan musim seterusnya," katanya.
Beliau memohon rakyat Malaysia terus berdoa supaya Ramli segera ditemui dalam keadaan selamat dan disatukan dengan keluarganya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Gunung Damarvand
#Iran
#pendaki hilang
#Ramli Abdul Majid
#Rozaimi Mohd Said
#Syed Redzuan Syed Salim Shatri
#Yszahanim Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan