awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Bhumjaithai tarik diri dari gabungan Thailand akibat kontroversi panggilan telefon
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH 2025: Impian Speedy Tigers ke separuh akhir lebur
DUNIA
Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan - LDLU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Usah lagi salah tanggap peranan Ling dalam PKFZ - Presiden MCA

Bernama
Bernama
26/10/2013
00:03 MYT
Usah lagi salah tanggap peranan Ling dalam PKFZ - Presiden MCA
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Tun Dr Ling Liong Sik sepatutnya menghapuskan sebarang salah tanggapan tentang peranan beliau dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Sambil mengucapkan tahniah kepada Dr Ling atas pembebasan beliau daripada tuduhan menipu berkaitan projek PKFZ dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, Dr Chua berkata MCA sentiasa meyakini integriti Dr Ling dalam melaksanakan tugasnya sebagai presiden MCA dan menteri Kabinet.
Menurut beliau MCA sentiasa yakin bahawa sistem kehakiman di negara ini bersifat adil dalam menunaikan tanggungjawabnya.
"Seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan kesalahannya dan kini Dr Ling dapat kembali menikmati kehidupan bersama keluarganya setelah menghabiskan masa lebih tiga tahun untuk membuktikan beliau tidak bersalah," kata Dr Chua.
Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan dan melepaskan bekas menteri pengangkutan itu daripada tuduhan menipu kerajaan berkaitan projek PKFZ.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi berkata pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah bagi semua pertuduhan yang dikenakan terhadap Dr Ling.
Topic Berkaitan
#Chua Soi Lek
#Ling Liong Sik
#Mahkamah Tinggi
#MCA
#PKFZ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami