awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usah layan Adam Adli macam penjenayah - Francissca Peter

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2013
07:16 MYT
Usah layan Adam Adli macam penjenayah - Francissca Peter
Penyanyi Francissca Peter menyifatkan penahanan Adam Adli Abd Halim sebagai merugikan dan mencadangkan agar anak muda itu dikenakan hukuman khidmat komuniti jika melakukan kesalahan bukan menahan beliau di lokap.
Adam Adli
Francesca Peter beri pendapat tentang Adam Adli
"Berdoa untuk Adam Adli bukan pembunuh, bukan perogol, bukan penjenayah. Jangan musnahkan hidupnya biarkan dia matang. Jika kita mendiamkan anak muda, bagaimana mereka akan menjadi pemimpin kita di masa depan? Jika kamu merasakan dia bersalah, biarkan dia menjalankan khidmat komuniti membantu orang miskin bukan memenjarakan beliau," katanya di laman Facebook.
Kebanyakan maklum balas dan jawapan kepada komen daripada pelbagai pengguna Facebook menyokong dan positif terhadap kenyataan Francissca itu.
Seorang lelaki bernama Peter Chaw dalam jawapan kepada komen itu berkata, "Saya menyokong penuh beliau (Adam Adli). Beliau akan menjadi lebih kuat daripada pengalaman ini. Kita perlu wira seperti beliau. Apa yang dilakukan adalah kepercayaan beliau untuk kebaikan demi negara. Saya bersama anda Adam. Semoga tuhan memberkati anda! Kita semua bersama anda. "
Aktivis pelajar berusia 24 tahun tersebut, yang digantung pengajian daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, ditahan reman sejak hari Sabtu lalu mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan atas ucapannya dalam program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia pada 13 Mei.
Pelbagai kelompok masyarakat termasuk peguam, mahasiswa, ahli politik dan aktivis seni berkumpul di hadapan Balai Polis Jinjang sejak Adam ditahan untuk nyalaan lilin bagi menyatakan kebersamaan dengan aktivis Adam Adli yang direman lima hari.
Selain di Kuala Lumpur, perhimpunan itu juga diadakan di Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#Adam Adli
#akta hasutan
#Francisca Peter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan