KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili meminta Ahli Parlimen tidak saling menuding jari berhubung isu pembangunan di Sabah dan Sarawak sehingga mampu menggugat keamanan dan kestabilan negara.
Sebaliknya beliau berkata semua pihak perlu bekerjasama supaya agenda merapatkan jurang perbezaan di antara Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dapat direalisasikan.
Katanya sejak Sabah dan Sarawak membentuk sebahagian daripada Malaysia, hak-hak istimewa bagi kedua-dua negeri itu sentiasa terpelihara seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
"Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dilaksanakan menerusi penubuhan Majlis Khas Mengenai MA63 yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri.
"Sudah pasti pelaksanaan perkara-perkara yang dibincangkan di bawah majlis khas berkenaan memerlukan masa untuk dilaksanakan dan menuntut kesabaran, serta dikendalikan melalui pendekatan yang harmoni sebagai Keluarga Malaysia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Ongkili berkata Majlis Khas Mengenai MA63 sebelum ini bersetuju supaya Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 yang antara lain bertujuan meminda Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan mengenai tafsiran 'Persekutuan', dibawa ke pertimbangan Jemaah Menteri dan telah dibentang untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada 3 Nov lepas.
Selain itu, menurutnya majlis khas berkenaan turut bersetuju supaya inisiatif pemerkasaan pelesenan perikanan laut dalam dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) kepada Jabatan Perikanan Sabah, susulan tuntutan kerajaan negeri berkaitan perkara penangkapan ikan, perikanan laut dan muara.
"Inisiatif ini dijangka akan selesai dilaksanakan selewat-lewatnya pada Disember tahun ini. Majlis khas juga bersetuju supaya inisiatif pemerkasaan ini turut diperluaskan kepada Jabatan Perikanan Laut Sarawak atas permintaan kerajaan negeri itu sewaktu mesyuarat berlangsung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Datuk Seri Maximus Ongkili meminta Ahli Parlimen tidak saling menuding jari berhubung isu pembangunan di Sabah dan Sarawak sehingga mampu menggugat keamanan dan kestabilan negara. - Foto BERNAMA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Usah tuding jari isu pembangunan Sabah, Sarawak - Ongkili
Datuk Seri Maximus Ongkili meminta Ahli Parlimen tidak saling menuding jari berhubung isu pembangunan di Sabah dan Sarawak.