awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini

Bernama
Bernama
13/03/2025
21:00 MYT
Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Noraini menyantuni sebahagian pelajar yang mengambil air minuman untuk berbuka pasa pada Program Pemindahan Ilmu - Penyampaian Bakul Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah pada Khamis. - Gambar Bernama
KUANTAN: Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat selain memastikan program kebajikan dan bantuan sosial disalurkan dengan berkesan.
Antara usaha yang telah dilaksanakan iaitu pelbagai skim bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu golongan rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.
"Selain itu, program pemerkasaan wanita dan ibu tunggal terus giat dilaksanakan bagi membolehkan wanita meningkatkan daya saing mereka dalam pelbagai bidang, termasuk keusahawanan dan latihan kemahiran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengagihan Bakul Ramadan Nestle di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), di sini, pada Khamis yang menyaksikan 500 asnaf menerima bantuan.
Mengulas mengenai program berkenaan, beliau berharap inisiatif itu dapat diteruskan dan diperluas bukan hanya dalam bulan Ramadan, tetapi sepanjang tahun selain lebih banyak syarikat korporat digalakkan tampil membantu masyarakat.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#OKU
#jkm
#warga emas
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan