awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha cari kepala bayi yang dikerat 15 diteruskan - Polis

Bernama
Bernama
20/05/2015
00:33 MYT
Usaha cari kepala bayi yang dikerat 15 diteruskan - Polis
Mayat bayi berkenaan yang belum dikenal pasti jantinanya ditemui oleh beberapa pekerja pembersih loji kumbahan di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini.
Usaha untuk mencari kepala dan perut bayi yang dikerat 15 bahagian di sini Sabtu lepas masih diteruskan, kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman.
Beliau berkata setakat ini hanya bahagian kaki dan tangan bayi berkenaan yang ditemui.
"Kita telah memeriksa tandas yang tersumbat di flat berkenaan, tetapi tidak menjumpai apa-apa selain daripada batang kayu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mayat bayi berkenaan yang belum dikenal pasti jantinanya ditemui oleh beberapa pekerja pembersih loji kumbahan di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini.
Menurut Mohd Khamsani, bayi itu dipercayai meninggal dunia dalam kandungan ibunya sebelum dikerat dan dipamkan ke dalam lubang tandas.
"Laporan bedah siasat mendapati anggota badan yang dikerat berukuran antara tiga hingga empat inci dan telah berada dalam loji kumbahan itu selama empat hari," katanya.
Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil bagi membantu menjejaki pihak yang melakukan perbuatan kejam tersebut.
Dalam perkembangan lain, pihak polis berjaya menyelesaikan kes samun dan rogol melibatkan seorang wanita di sini selepas tertangkapnya seorang suspek di Taman Malim Jaya, Melaka tengah malam tadi.
Mohd Khamsani berkata suspek yang berusia 33 tahun itu mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkait kesalahan samun, pemerasan serta dadah dan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
"Suspek yang bersenjatakan parang menyamun rumah mangsa di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini kira-kira 10.45 pagi Isnin.
"Ketika itu mangsa yang tinggal berseorangan kerana suaminya pergi bekerja dan anaknya bersekolah turut dirogol. Suspek juga melarikan dua telefon bimbit dan kad ATM mangsa," kata beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 392/391/379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebat jika disabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#kepala
#perut bayi dikerat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan