Usaha Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menstruktur semula industri air di negeri itu mendapat sokongan sebulat suara pimpinan Pakatan Rakyat.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat semalam selepas Menteri Besar Selangor itu memberikan penjelasan kepada pemimpin utama gabungan tersebut.
Bagaimanapun, Kerajaan Selangor dinasihatkan mendapatkan maklum balas daripada satu jawatankuasa khas Pakatan Rakyat yang diwakili Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad berhubung usaha menstruktur semula industri air di negeri itu
"Mereka akan bertanggungjawab bekerjasama dengan Kerajaan Selangor di dalam pelaksanaan penstrukturan industri air ini termasuklah menyemak dan memberi maklumbalas kepada perjanjian-perjanjian yang bakal ditandatangani oleh Kerajaan Selangor di dalam isu ini.
"Satu persetujuan juga telah dicapai untuk melibatkan Tommy Thomas, pakar perundangan, di dalam proses ini sebagai wakil bebas yang mewakili rakyat Selangor bagi memastikan perjanjian yang kukuh di sisi undang-undang menjaga kepentingan rakyat Selangor," katanya.
Anwar juga menjelaskan satu persetujuan telah dicapai untuk melibatkan pakar perundangan, Tommy Thomas yang akan bertindak sebagai wakil bebas mewakili rakyat Selangor bagi memastikan perjanjian yang kukuh di sisi undang-undang menjaga kepentingan rakyat negeri tersebut.
Pada 26 Feb lepas, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang berlanjutan sejak 2008.