PETALING JAYA: Bekas penyanyi sebuah kumpulan nasyid dan komposer yang ditahan semalam kerana memiliki dadah, dipercayai menanam ganja di dalam unit kondominium didiaminya untuk kegunaan sendiri, sejak dua bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata dalam serbuan di kondominium di Damansara itu, pihaknya merampas 17 pasu pokok ganja selain ketulan mampat ganja seberat 214 gram dianggarkan bernilai RM10,700.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek yang berusia 47 tahun itu sudah lebih 10 tahun menjadi penagih aktif.
Menurutnya, suspek dipercayai menggunakan media sosial bagi mempelajari selok-belok memproses dadah tersebut.
Beliau memberitahu, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif sebenar suspek yang pernah berkolaborasi dengan artis lain dalam beberapa lagu itu memiliki keseluruhan dadah terbabit.
"Kita menahan suspek di rumahnya kira-kira pukul 5.30 petang semalam (Khamis), dan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini. Siasatan awal mendapati suspek mendiami unit tersebut seorang diri.
"Ketulan mampat ganja yang dirampas itu ditemui di bahagian dapur dalam bekas plastik berwarna biru dan hitam yang diletakkan di atas kabinet dapur," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, pada Jumaat.
BACA: Penyanyi nasyid ditahan disyaki terlibat kes berkaitan dadah
Mohamad Fakhrudin memberitahu, polis juga menemui almari kain berwarna hitam yang di dalamnya terdapat tiga pasu pokok disyaki ganja di dapur rumah itu.
Sementara itu katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja.
Beliau memberitahu, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti bekalan benih ganja diperoleh suspek.
"Kita juga merampas pelbagai alatan penanaman tumbuhan berkenaan antaranya cecair pemusnah serangga, penyukat suhu, lampu, pelbagai jenis alat pengudaraan, pasport antarabangsa, sebuah kereta milik suspek iaitu Toyota Wish dan wang tunai bernilai RM40,700, yang mana nilai keseluruhan rampasan adalah RM61,600 ," katanya.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B, Akta Dadah Berbahaya 1952, yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.
Umavathi Ramayah
Fri Mar 25 2022
Suspek dipercayai menggunakan media sosial bagi mempelajari selok-belok memproses dadah tersebut. - Gambar/
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Suhaimi Saad ditidurkan di ICU
Mohd Syahril yang menziarah Suhaimi pada Sabtu lalu memberitahu, keadaan penyanyi itu kurang baik dan sedang ditidurkan.
Kes dadah Yasin: 10 saksi dipanggil beri keterangan
Pasukan pendakwaan akan memanggil 10 saksi untuk memberi keterangan dalam kes dadah membabitkan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman.
AGC tolak representasi Muhammad Yasin
Surat rasmi berhubung perkara itu belum sempat dikeluarkan dan tarikh perbicaraan diteruskan seperti ditetapkan.
Penyanyi nasyid Yasin berdepan hukuman mati, mengaku tidak bersalah miliki, tanam ganja
Yasin Sulaiman membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim.
'Tiada tolak ansur jika terjebak dadah'
PDRM beri amaran sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang akan dikenakan tindakan sekiranya dikesan terlibat dengan kesalahan dadah.
Usahakan 'kebun' ganja dalam rumah, bekas penyanyi nasyid terima padah
Bekas komposer dan penyanyi sebuah kumpulan nasyid yang ditahan kerana memiliki dadah dipercayai menanam ganja di dalam unit kondominium didiaminya untuk kegunaan sendiri, sejak dua bulan lalu.
Penyanyi nasyid ditahan disyaki terlibat kes berkaitan dadah
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.
Rasa macam mimpi! - Raqib umum Tasha Manshahar hamil
Raqib mengumumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagram peribadinya.
Salleh Brothers meninggal dunia di PPUM
Mohd Salleh meninggal dunia di PPUM setelah mendapat rawatan ICU akibat sakit jantung dan darah tinggi.