JENGKA: Sekuriti makanan negara menjadi isu yang begitu hangat diperkatakan dan pastinya memerlukan intervensi daripada kerajaan bagi merencana penyelesaian secara holistik.
Baru-baru ini menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan lima langkah bagi menjamin sekuriti makanan termasuk memperkasa ekosistem agromakanan dengan rantaian bekalan diterajui agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta di negara ini.
Antara agensi kerajaan yang terkehadapan dalam membawa agenda sekuriti makanan ini ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang telah melaksanakan program pembangunan peneroka (PPP) sejak tahun 2019.
Pengusaha Nik Agro Farm, Nik Azhar Nik Aziz berkata, permintaan terhadap ayam kampung adalah sangat tinggi dan sering menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan nutrisi terbaik selain diyakini bebas daripada ancaman toksin hormon.
Jelasnya, usaha ini secara tidak langsung menyumbang kepada keselamatan makanan khususnya isu bekalan ayam yang melanda negara.
“Kami sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan ayam mengikut jadual yang telah ditetapkan termasuk biosekuriti yang ketat, kebersihan luar dan dalam reban yang baik bagi memastikan kesihatan ternakan ayam tidak mengalami sebarang gejala yang berbahaya.
“Selain daripada dedak yang terbaik seperti azola dan ketum ayam, pihak kami turut memberi pribiotik tambahan supaya ayam sentiasa sihat, bebas stress, cepat tumbesaran sekaligus dapat memastikan kualiti ayam yang terjamin,” katanya pada Astro AWANI.
Di samping itu, Nik Azhar berkata kaedah dan langkah berjaga-jaga turut diambil serius oleh pihaknya dalam mitigasi terhadap pengurangan pelbagai risiko termasuk selsema burung.
“Mana-mana perniagaan khususnya ayam kampung memang berisiko tinggi untuk kematian ayam. Di Nik Agro Farm, kita sentiasa mengamalkan proses nyah kuman dengan memastikan kebersihan dalam dan luar reban terjaga.
“Selain itu, kita juga menggalakkan pekerja memantau setiap hari untuk memastikan tahap kesihatan ayam. Jika ada ternakan yang berpotensi untuk sakit maka kita akan mengasingkan dan akan merawat secepat mungkin sebelum semakin parah.
"Alhamdulillah, sehingga hari ini, kita tak pernah lagi terkena pada jangkitan penyakit melebihi 5 peratus daripada keseluruhan penternakan,” katanya.
Selain jual beli ayam kampung, Nik berkata, Nik Agro Farm meliputi bidang perniagaan termasuk khidmat nasihat, kursus, pembekalan alatan penternakan serta pembekalan anak ayam.
“Penternakan ayam kampung asli ini memang minat saya sejak kecil. Pada tahun 2015, mula menternak secara kecil-kecilan di belakang rumah.
"Alhamdulillah, permintaan semakin tinggi dari semasa ke semasa dan kami telah membuat keputusan pada tahun 2018 untuk mmperluaskan perniagaan penternakan ayam kampung di Felda Jengka 6, Pahang secara serius dan komersial.
"Sehingga kini, kami telah mempunyai empat reban lama dan tujuh reban baharu. Melalui bantuan daripada Pelan Pembangunan Peneroka Felda, kita telah membantu lebih daripada 69 peserta FELDA menjadi seorang penternak. Saya menggesa lebih ramai lagi generasi FELDA menyertai program yang dibuat oleh FELDA,” katanya.
Sementara itu, pengasas AKTL Agro Farm, Khairul Anuar Abdul Latif mendapat inspirasi untuk menghasilkan produk jenama KayRul miliknya menerusi ayam kampung asli keluaran Nik Agro Farm.
“Produk KayRul ini bermula pada Oktober 2020, ketika pandemik dan pengguna tidak dapat membeli secara fizikal kerana ada sekatan jalan raya. Ketika itulah, tercetusnya idea untuk membuat perkhidmatan secara dalam talian atau tunai bayar waktu terima (COD) bagi produk makanan sejuk beku dengan memohon kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pelepasan menghantar produk kepada pengguna.
“Dengan menjadikan Nik Agro Farm sebagai pembekal, kini produk KayRul terdapat empat jenis iaitu ayam segar yang boleh siap dimasak mengikut resipi yang telah disediakan, BBQ perap, gulai kari, dan masak lemak,” katanya.
Pada masa sama, Khairul berkata, pihaknya turut merancang untuk memperkenalkan dua lagi produk baharu termasuk rendang ayam dalam tempoh dua tahun ini.
Eton Khir
Mon Jul 04 2022

Nik Azhar berkata, permintaan terhadap ayam kampung adalah sangat tinggi dan sering menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan nutrisi terbaik selain diyakini bebas daripada ancaman toksin hormon.

Kuskop sasar 100,000 pengunjung Jelajah AKM Selangor
Kunjungan orang ramai adalah menggalakkan dan dijangka lebih ramai memeriahkan jelajah tersebut yang diadakan di Stadium Shah Alam.

Ukur baju di badan sendiri, kata Nazri kepada MIC
Mohamed Nazri menjelaskan, isu pengagihan kerusi sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat bukan membuat kenyataan terbuka seolah-olah mengugut UMNO.

ISWAMI teroka peluang baharu di Indonesia untuk media Malaysia
Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) mengambil inisiatif untuk meneroka pengetahuan dan peluang dari media Indonesia.

Pemandu maut, lori terbabas langgar pokok
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

Jentera BN Johor perlu ditambah baik hadapi PRU15 - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Johor antara jentera yang mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi.

Ekonomi APEC perlu manfaatkan kerjasama dalam pelancongan lestari
Sesi dialog itu turut membincangkan cabaran sedia ada yang telah diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19.

Kreativiti dan tanggungjawab diperlukan untuk berjaya, kata Jimmy Choo
Usahawan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan ekonomi dan berinovasi serta menerima kemajuan teknologi.

Pantau projek supaya siap ikut jadual
Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang kini di dalam pelaksanaan memantau dan membuat verifikasi projek-projek fizikal di seluruh Pulau Pinang, bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual.

PRIHATIN sasar bantu 6,000 pelajar Sabah ke menara gading
Jumlah itu yang bertambah berbanding 5,000 pelajar sebelum ini, merangkumi lima kawasan luar bandar.

Buang persepsi hanya agensi kerajaan raikan Bulan Kebangsaan
Seluruh rakyat Sabah diminta bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di premis atau kawasan masing-masing.