awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usahawan IKS perlu sedar kepentingan kesediaan digital - Wan Junaidi

Isabelle Leong
Isabelle Leong
24/11/2020
04:58 MYT
Usahawan IKS perlu sedar kepentingan kesediaan digital - Wan Junaidi
WAN JUNAIDI: Bagi PKS dan para usahawan terus berkembang di pasaran domestic dan antarabangsa, kesediaan digital amat diperlukan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) perlu sedar kepentingan kesediaan digital agar dapat terus berkembang baik dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa.
Mereka tidak lagi boleh melihat kesediaan digital sebagai satu pilihan kerana ia kini merupakan satu keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan perniagaan.
Demikian ditegaskan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada majlis pelancaran Indeks Kesediaan Digital (DRI) Maxis yang berlangsung secara maya hari ini.
“Tatkala masyarakat berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19, sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan yang penting dalam menampung ekonomi negara.
“Oleh itu, kami tetap komited untuk membantu mereka melalui insiatif digitalisasi kami.
“Bagi PKS dan para usahawan terus berkembang di pasaran domestic dan antarabangsa, kesediaan digital amat diperlukan. Jadi mereka perlu sedar kepentingan kesediaan digital bukannya satu pilihan, tetapi satu keperluan," katanya dalam ucaptamanya.
Beliau juga mengalu-alukan inisiatif DRI yang sejajar dengan visi MEDAC dalam memupuk ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif di negara ini.
"Saya menantikan pandangan daripada DRI, termasuk dari segi dasar dan amalan terbaik untuk mendorong digitalisasi di negara ini.
"Difahamkan, Maxis akan berkongsi kemas kini setiap tahun mengenai kesediaan digital di negara ini dengan agensi kerajaan untuk membantu mereka mengukur penggunaan digital di negara ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, MEDAC dan Maxis juga akan menjalinkan kolaborasi dalam beberapa inisitif menerusi agensi MEDAC seperti Institut Keusahawanan Nasional (INSKEN), TEKUN Nasional dan Institut Koperasi Malaysia (IKKM).
Untuk rekod, DRI merupakan alat penilaian kendiri atas talian dan alat interaktif bagi membantu syarikat dalam industri untuk menilai tahap kesediaan digital mereka menerusi tiga tonggak iaitu kepuasan pelanggan, produktiviti pekerja dan kecekapan operasi.
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#usahawan
#PKS
#IKS
#Maxis
#COVID-19
#Medac
#Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
#ekonomi
#pandemik
#DRI
#Indeks Kesediaan Digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan