Golongan usahawan kecil dan sederhana perlu lebih dinamik dan mempunyai strategi perniagaan yang mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerajaan juga sentiasa berusaha mengalakkan penyertaan lebih ramai bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Jelasnya usaha itu terbukti apabila Malaysia muncul sebagai negara nombor satu paling mudah untuk peniaga mendapatkan modal membiayai perniagaan.

"Ini diakui sendiri oleh Bank Dunia seperti mana yang dilaporkan dalam World Bank Doing Business Report 2011-2012 mengenai akses kepada kredit yang melibatkan 183 negara yang dikaji", katanya sebelum merasmikan Konvesyen Usahawan Tekun dan Ekspo Keusahawanan Tekun Nasional 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Jelasnya ia juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara apabila mendapat balik bayaran pinjaman perniagaan.

"Sebab apbila ada akses kepada kredit Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKs) boleh berkembang, Gross Domestic Product negara pun akan bertambah, kadar pertumbuhan negara, kadar mengangguran dapat kita kurangkan sebab PKS ini boleh menyediakan peluang pekerjaan" jelasnya lagi.

Kerajaan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun Nasional), telah memberi bantuan pinjaman berjumlah RM2.4 bilion kepada 250,000 usahawan kecil dan sederhana untuk memulakan perniagaan mereka.

Selain Tekun, Najib berkata sebanyak 82 dana dan tabung berjumlah RM60.82 bilion telah diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu usahawan PKS di negara ini.

Beliau juga mengingatkan golongan usahawan agar tidak melupakan jasa kerajaan yang sentiasa memberikan bantuan mengembangkan perniagaan.

Pada majlis yang sama, perdana menteri turut menyampaikan Anugerah Usahawan Tekun Cemerlang kepada 16 usahawan daripada seluruh negara.