KUALA TERENGGANU: Sebuah bangunan dua tingkat milik seorang usahawan songket terkenal hangus terbakar melibatkan kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian kebakaran pada malam Isnin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam di Kampung Paloh di sini menyebabkan keseluruhan premis berusia lebih 50 tahun itu musnah dijilat api.
Pemiliknya, Burhan Ashari, 68, berkata, ketika kejadian dia bersama enam pekerjanya yang tinggal di situ keluar makan malam sebelum diberitahu premis terbabit terbakar.
"Saya bergegas balik ketika tahu bangunan terbakar, malangnya ketika sampai keadaan api sudah marak dan ketika itu sudah tiada apa yang boleh diselamatkan.
"Seluruh ruang galeri di dalam bangunan serta ruang pejabat terbakar. Baju-baju Melayu dan barangan di dalam bangunan ini semuanya musnah terbakar," katanya.
Menurut Burhan, beliau bersyukur kerana pihak bomba tiba untuk memadam api yang sedang marak kerana dikhuatiri merebak ke lokasi lain.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.42 malam.
Katanya, seramai 36 anggota dari BBP Kuala Terengganu, BBP Jalan Kota dan BBP Kuala Nerus dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Ketika tiba kita dapati api telah merebak dengan pantas dan telah memusnahkan premis itu. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran.
"Usaha memadam kebakaran ini berdepan kesukaran kerana tekanan air yang rendah daripada pili bomba, namun ia berjaya diatasi dengan bantuan jentera dari balai-balai lain," ujarnya.
Menurut Rozizah, punca dan jumlah sebenar kerugian dalam kebakaran itu masih dalam siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 27 2023
Keseluruhan premis berusia lebih 50 tahun itu musnah dijilat api. - Gambar/ Sinar Harian
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Usahawan songket rugi lebih RM1 juta premis perniagaan terbakar
Sebuah bangunan dua tingkat milik seorang usahawan songket terkenal hangus terbakar melibatkan kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian kebakaran pada malam Isnin.