KUALA KANGSAR: Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini akan menubuhkan USAS Takaful Academy sebagai pusat penyelidikan dan mercu tanda kecemerlangan dalam bidang takaful, muamalat, perbankan dan kewangan Islam.
Naib Canselor USAS Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi berkata, pusat penyelidikan itu berfungsi sebagai repositori penyelidikan, melalui pengumpulan kertas penyelidikan intelektual berkaitan takaful dalam satu pengkalan data.
Penubuhan USAS Takaful Academy direalisasikan dengan sumbangan 'endowmen' berjumlah RM10 juta daripada FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) kepada USAS.
"Diharap, ia dapat meningkatkan profesionalisme dalam bidang takaful.
"Kerjasama ini merupakan pelan jangka masa panjang yang baik untuk mempromosikan dan menyokong pembangunan masa hadapan USAS.
"Dana dan sumbangan yang disalurkan kepada USAS Takaful Academy dapat dimanfaatkan bagi tujuan kemajuan pendidikan, penyelidikan dan promosi," kata Nordin.
USAS dalam kenyataan hari ini berkata, sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, Salim Majid Zain kepada Naib Canselor USAS Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi.
Majlis diadakan di Istana Changkat, Kuala Lumpur pada Jumaat, disaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang merupakan Canselor USAS.
USAS Takaful Academy bakal menjadi badan pemikir takaful dengan mempromosikan biasiswa peringkat Doktor Falsafah dalam program takaful yang bertujuan membangunkan pemimpin pemikir.
Nordin berkata, akademi itu juga diharap dapat membangunkan barisan pemimpin takaful dengan memperkenalkan kursus Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam bidang takaful.
Ia bakal dijalankan melalui konsep berkembar dengan mana-mana badan, mahupun universiti tempatan atau antarabangsa.
Selain itu, kerjasama juga akan meningkatkan kebolehpasaran graduan USAS melalui latihan dan bimbingan pakar bidang berkaitan.
Sementara itu, menurut Salim, penubuhan akademi itu menyokong visi FWD Takaful dalam usaha merubah pandangan awam mengenai takaful.
“Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan USAS, sebuah universiti yang mempunyai reputasi serta visi untuk menyebarkan kesejahteraan sejagat dengan mengembalikan keagungan tradisi institusi dan ilmuan Islam, di samping menerokai ilmu-ilmu baharu.
“Kami berharap kerjasama ini dapat membangunkan kemahiran serta kapasiti anak muda di negara ini serta membentuk golongan profesional bagi industri takaful,” katanya.
Aida Aziz
Mon Nov 22 2021
Salim (dua, kiri) menyampaikan sumbangan RM10 juta kepada Nordin, disaksikan Sultan Nazrin Shah, pada majlis yang diadakan di Istana Changkat, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto USAS
10 Berita Pilihan - (06 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.
Putin angkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima pada Selasa
Vladimir Putin akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima yang akan berlangsung di ibu negara, Moscow pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
Kepala air Lahad Datu: Aktiviti river hiking tidak dapat kelulusan, kebenaran
Polis mengesahkan sebanyak 15 individu terlibat dalam kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau, Tungku semalam.
Pengawal selia tempa haluan untuk inovasi yang mampan dan selamat pada IRC 2024
Menghimpun pengawal selia serantau dan pemimpin industri dalam membincangkan usaha mengimbangi dasar dan amalan bagi mendepani cabaran dalam industri komunikasi dan multimedia.
FAM tingkat kawalan keselamatan pemain Harimau Malaya semasa tugasan rasmi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.
Pasaran getah ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang lemah berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam - Pakar
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam.
Mohamed Khaled adakan lawatan rasmi ke Turkiye Jun ini
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan melakukan lawatan rasmi ke Turkiye pada Jun ini bagi meningkatkan lagi kerjasama strategik dari segi pertahanan antara kedua-dua negara.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Tengku Zafrul
81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan.
USAS Takaful Academy tingkat profesionalisme dalam bidang takaful
Ia berfungsi sebagai repositori penyelidikan, mengumpulkan kertas penyelidikan intelektual berkaitan takaful dalam satu pengkalan data.