Universiti Sains Malaysia (USM) mengeluarkan dokumen berkaitan garis panduan dan pelan tindakan bagi pandemik COVID-19, sekali gus menjadikannya universiti awam pertama negara dalam mengemukakan rangka kerja komprehensif berkaitan wabak itu.
USM menerusi kenyataan pada Jumaat menyatakan, dokumen bertajuk 'Response and Readiness Plan For COVID-19 Pandemic and Other Infectious Diseases Outbreaks' itu menyediakan garis panduan secara umum berkenaan kesediaan, respons dan komunikasi yang amat diperlukan bagi menangani pandemik COVID-19.
Selain itu, ia juga menyediakan garis panduan penyakit berjangkit lain yang berkaitan isu kecemasan kesihatan awam dalam konteks universiti.
"Rangka kerja komprehensif itu adalah ke arah meminimumkan impak COVID-19 terhadap kesejahteraan sosial dan kesihatan para pelajar dan staf, dengan memberi penekanan kepada aspek kesihatan awam USM dan komuniti secara keseluruhan.
"Idea itu telah dicetuskan oleh Naib Canselor USM, Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan bersama pengurusan tinggi universiti dan direalisasikan melalui sepasukan petugas khas yang dikoordinasikan oleh Institut Penyelidikan Perubatan Molekul USM yang diketuai oleh ahli epidemiologi daripada Jabatan Perubatan Komuniti, Pusat Pengajian Sains Perubatan Prof Madya Dr Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad," katanya.
Menurut kenyataan itu, penghasilan dokumen itu adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan yang diusahakan oleh warga USM, selain menyediakan makanan kepada mereka yang tinggal di luar kampus, sesi e-kaunseling dan penganjuran pelbagai aktiviti bermanfaat untuk pelajar mengisi masa lapang.
Tambahnya, memandangkan dokumen yang dihasilkan itu adalah versi pertama, ia masih tertakluk kepada penambahbaikan dan USM sedang berusaha membuat penambahbaikan bagi memantapkan lagi kandungan versi seterusnya. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 03 2020
Universiti Sains Malaysia menjadi universiti awam pertama negara dalam mengemukakan rangka kerja komprehensif berkaitan wabak itu.
Geran RM149.1 juta telah diberikan kepada PKS galakkan adaptasi teknologi baharu - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memberikan geran berjumlah RM149.1 juta kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk tujuan adaptasi teknologi industri baharu. Jelasnya, ini sekaligus menafikan dakwaan yang menyatakan pihak Kementerian hanya memberi tumpuan kepada syarikat korporat besar dan mengabaikan PKS.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata 81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan. Jelasnya, angka ini sangat membanggakan bagi sebuah agensi yang baru ditubuhkan sejak Januari lalu.
Malaysia sasar 22.6 peratus KDNK disumbangkan ekonomi digital menjelang 2025 - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meletakkan sasaran untuk mengembangkan ekonomi digital kepada 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025. Jelasnya, ini merupakan sebahagian daripada strategi kementerian untuk memperkasakan sektor ekonomi selain daripada elektrik dan elektronik (E&E).
Pastikan sistem penilaian prestasi adil, tidak digunakan Ketua Jabatan untuk balas dendam - Pakar
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Aminuddin Awang berkata Kerajaan perlu memastikan sistem penilaian prestasi yang sedang dan akan digunakan adalah adil dalam menilai sumbangan penjawat awam. Jelasnya, tidak wajar sistem yang membolehkan mana-mana Ketua Jabatan memangsakan pekerja bawahan dikuatkuasakan tanpa penyesuaian yang perlu.
JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam sesuai gaji diberikan - Pakar
Ketua Pegawai Eksekutif MTalent Training & Consultancy, Datuk Dr. Musa Ali berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam. Jelasnya, ini bagi memastikan penilaian tersebut mencerminkan sumbangan penjawat awam sesuai dengan pelaburan dan gaji yang diperuntukan untuk badan-badan yang berbeza berkenaan.
GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
PM ucap takziah kepada keluarga Hail Amir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon veteran Datuk Hail Amir yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Tambahan 10 lagi kontena Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan Malaysia ke Gaza
Penambahan 10 lagi kontena bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan Malaysia kre Gaza menjadikan keseluruhan 110 kontena akan dihantar ke wilayah tersebut.
[INFOGRAFIK] Keseimbangan kehidupan bekerja
[INFOGRAFIK] Keseimbangan kehidupan bekerja
Pusat perubahan Madinah sedia perkhidmatan terbaik
Pusat Perubatan Madinah yang mula beroperasi hari ini dengan dilengkapi pelbagai kemudahan bersedia memberi rawatan kepada jemaah yang mungkin diuji dengan masalah kesihatan sepanjang operasi musim haji tahun ini. Editor Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah membawakan laporan dari Madinah.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.