NATIONAL
USM nilai semula kurikulum hadapi 4IR

Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menilai semula kurikulum sedia ada bagi kursus yang ditawarkan, terutamanya dalam bidang komunikasi bagi berdepan Revolusi Industri ke-4 (4IR). - Foto AstroAWANI
Bagi mendepani cabaran Revolusi Industri ke-4 (4IR), Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menilai semula kurikulum sedia ada bagi kursus yang ditawarkan, terutamanya dalam bidang komunikasi.
Menurut Timbalan Naib Canselor, Prof Datuk Dr Adnan Hussein, ini bagi memastikan penuntut universiti diberi persediaan secukupnya sebelum memasuki dunia pekerjaan.
"Persediaan ini penting supaya pelajar yang menjadi graduan akan dapat menyesuaikan diri dengan kehendak industri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri acara IMPACT 2017 kelolaan Pusat Pengajian Komunikasi di Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini.
Turut hadir, Pro Canselor USM, Tan Sri Mustafa Mansur yang mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana dapat menghimpunkan penyertaan dari beberapa negara di rantau Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia.
"Ini termasuk Australia, Japan dan negara-negara lain di Asia," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami