KUALA TERENGGANU: Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dikatakan semakin sihat dan dapat meneruskan aktiviti hariannya selepas keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada 19 Mac lalu.
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.
Foto menunjukkan Ustaz Azhar memandu kereta yang dikatakan dirakam di jambatan angkat di Kuala Terengganu itu menarik perhatian dan ramai mendoakan agar beliau terus sihat untuk meneruskan kuliah agama seperti biasa.
"Alhamdulillah, makin sihat doh (dah) Murabbi kita.
"Kami semua mendoakan semoga Ustaz Azhar Idrus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT," tulis Dean Al-Barakah.
Sementara itu, menurut sumber rapat pendakwah itu, Ustaz Azhar sudah boleh keluar rumah sejak beberapa hari lalu untuk melakukan aktiviti harian.
Namun katanya, berdasarkan saranan doktor yang merawatnya di HSNZ sebelum ini, penceramah itu masih belum boleh mengadakan sebarang aktiviti ceramah.
"Beliau juga masih perlukan masa untuk membuat beberapa janji temu rawatan susulan dalam tempoh terdekat untuk memastikan kesihatannya pulih sepenuhnya.
“Alhamdulillah, setakat ini semua pihak memahami situasi beliau dan memberi ruang kepadanya untuk berehat daripada jadual yang terlalu sibuk,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat malam.
Sebelum ini, perkembangan mengenai penceramah bebas itu yang dilaporkan dimasukkan ke hospital tular di media sosial.
Pendakwah selebriti itu dimasukkan ke HSNZ pada 16 Mac lalu selepas dikatakan mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru dan jantung.
Sepanjang dirawat di hospital beliau menerima kunjungan ramai termasuk daripada Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu’ Al-Banjari dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 01 2023

Tangkap layar hantaran di Facebook Dean Al-Barakah menunjukkan gambarnya bersama Ustaz Azhar di jambatan angkat, Kuala Terengganu pada Jumaat. -Foto Sinar Harian

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

China, Amerika Latin bersama rancakkan pembinaan BRI
China dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu, ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomas Massa ke Beijing.

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Ustaz Azhar Idrus sudah dibenarkan pulang
UAI dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sejak Selasa lalu.

Abdul Hadi melawat Ustaz Azhar di hospital
Ustaz Azhar dipercayai menerima rawatan akibat mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.

Kesihatan Ustaz Azhar Idrus makin baik
Menurut sumber, walaupun dilihat bertambah sihat berbanding sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan.

Ustaz Azhar Idrus dirawat di hospital
Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana mengalami masalah kesihatan.

Penceramah perlu ada tauliah di Wilayah Persekutuan - Jawi
Langkah tersebut bagi memastikan institusi berkenaan ditadbir secara efisien dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama.

Ustaz Azhar Idrus jelaskan isu kuliah dibatalkan
Bagaimanapun, Ustaz Azhar Idrus berkata, pihak pengurusan Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong tetap meminta supaya beliau hadir.

JAIS batal kuliah Ustaz Azhar Idrus
Kuliah maghrib pada tarikh tersebut akan ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan.

Rezeki Ustaz Azhar Idrus dapat anak ke-12, 'Alhamdulillah meriah rumah..'
Semoga Allah memberkahi anak ini dan menjadikannya orang berbakti dan bertaqwa.

Bukan rentas negeri, saya di rumah mentua di KL - Azhar Idrus
Beliau hanya menuruti permintaan rakannya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K untuk menghadiri majlis tersebut.