PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat, mengekalkan hukuman penjara 13 bulan terhadap seorang bekas mudir sebuah tahfiz di Machang, Kelantan yang dikenali sebagai `Ustaz Budak' kerana melakukan kelucahan melampau dengan mencium pipi seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun, di sebuah hotel, empat tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian selepas menolak permohonan Syamsul Zaman Sukri, 36, untuk mendapat kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan dan hukuman itu terhadapnya.
Ketika membaca keputusan sebulat suara bersama Hakim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin, beliau berkata, mahkamah memutuskan permohonan bekas mudir tahfiz itu tidak bermerit.
Mengikut pertuduhan itu, Syamsul Zaman yang juga seorang pendakwah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun termasuk mencium pipi di sebuah hotel di ibu negeri Kelantan, pada jam 1.15 pagi, 16 Disember 2020.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
Pada 9 Mac tahun lalu, Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhi tertuduh hukuman tersebut selepas dia didapati bersalah namun penangguhan hukuman terhadapnya dibenarkan sepanjang tempoh rayuan.
Pada 21 November tahun sama, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengekalkan hukuman dan sabitan itu dan mengarahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa serta-merta.
Sebelum ini, `Ustaz Budak' didakwa di beberapa mahkamah di negeri itu, melebihi 10 kes melibatkan jenayah seksual terhadap beberapa mangsa lelaki termasuk bekas pelajarnya.
Syamsul Zaman kemudiannya memohon untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 13 bulan kerana melakukan kelucahan melampau dengan mencium pipi ahli perniagaan yang juga pemilik hotel.
Untuk rekod, rayuan bagi kes-kes yang bermula di mahkamah rendah seperti Mahkamah Majistret, akan berakhir di peringkat Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, perayu boleh mengemukakan rayuan sehingga ke Mahkamah Rayuan namun perlu mendapat kebenaran panel bersidang dengan mengemukakan persoalan undang-undang.
Sementara itu, semasa hujahan prosiding permohonan, peguam, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri yang mewakili Syamsul Zaman berkata, wujud percanggahan yang material.
Menurutnya, ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan secara tepat waktu kejadian berkenaan berlaku.
Katanya, keterangan pendakwaan menyatakan masa kesalahan dilakukan ialah pada jam 1.15 pagi, walhal mangsa yang juga pengadu kes dalam laporan polisnya menyebut ketika itu, mereka baru tiba di hotel.
"Seorang lagi saksi pendakwaan secara spesifik juga menyatakan, pengadu tidak berada dalam bilik hotel itu, seperti mana yang dinyatakan dalam pertuduhan," katanya.
Bagaimanapun, Hadhariah mencelah dengan menyatakan, isu berkaitan masa kejadian adalah fakta, bukan dikategorikan sebagai persoalan undang-undang yang sepatutnya dibangkitkan dalam permohonan kebenaran merayu.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Noorhisham Mohd Jaafar menghujahkan, elemen yang penting ialah perlakuan seksual dan identiti pelaku.
Menurutnya, perkara berkenaan telah dipertimbangkan oleh majistret yang mencapai dapatan bahawa percanggahan berkaitan masa tidak bersifat material.
"Pemohon mengaku berada di tempat kejadian namun menafikan perbuatan itu yang mana ia terjumlah kepada penafian semata-mata," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/649928/berita/semasa/ustaz-budak-kekal-dipenjara-13-bulan
Sinar Harian
Fri Feb 16 2024
Syamsul Zaman hadir ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan pada November tahun lalu. - Gambar fail
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
'Ustaz Budak' kekal dipenjara 13 bulan
Syamsul Zaman yang juga seorang pendakwah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun.
Kelucahan melampau: 'Ustaz Budak' akhirnya ke penjara
Ustaz Budak akhirnya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 bulan selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengekalkan hukuman.
'Ustaz Budak' didakwa lagi kes cabul remaja lelaki
Seorang mudir pondok yang juga penceramah bebas lebih dikenali sebagai 'Ustaz Budak' didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencabul seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, minggu lalu.