KUALA LUMPUR: PENYANYI pop sensasi, Justin Bieber sekali lagi menangguhkan siri jelajah dunia Justice untuk mengutamakan kesihatan mental dan fizikalnya.
Dalam pengumuman yang dibuat di Instagram pada Rabu, penyanyi itu memberitahu terpaksa berbuat demikian selepas menyedari dirinya belum pulih sepenuhnya.
"Awal tahun ini, saya mendedahkan kepada umum saya menghidapi sindrom Ramsay-Hunt yang membuatkan separuh wajah saya lumpuh.
"Atas sebab ini, saya tidak dapat menyelesaikan konsert jelajah Justice di Amerika Utara.
"Selepas berehat dan mendapatkan nasihat daripada doktor, keluarga dan pasukan, saya meneruskan jelajah ke Eropah untuk menyambung konsert ini.
"Saya menghabiskan persembahan di enam lokasi. Ia memberi kesan kepada saya. Pada hujung minggu lalu, saya berada di Rock in Rio dan memberikan yang terbaik buat peminat di Brazil.
"Namun setelah turun dari pentas, saya berasa sangat penat dan saya sedar saya perlu mengutamakan kesihatan saya ketika ini," katanya.
Bieber turut berterima kasih kepada sokongan peminat yang tidak henti mendoakan kesejahteraannya terutama ketika berdepan cabaran seperti ini.
Beliau berharap akan kembali selepas mendapatkan rehat secukupnya.
Mengikut perancangan, Bieber sepatutnya melakukan persembahan pada 22 Oktober depan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Belum dapat dipastikan sama ada tarikh konsert itu berubah atau dikekalkan buat masa ini.
Terdahulu, pada Jun, penyanyi kelahiran Kanada itu terpaksa berehat dua bulan akibat sindrom Ramsay-Hunt yang melumpuhkan mukanya.
Astro Awani
Thu Sep 08 2022
Justin Bieber mengakui berasa sangat penat dan lelah ketika meneruskan siri jelajah dunia Justice di beberapa lokasi sebelum ini. - Gambar fail/ETX
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Utamakan kesihatan serta mental sebab Justin Bieber tangguh jelajah Justice
Buat masa ini, penyanyi pop kelahiran Kanada itu mahu mendapatkan rehat secukupnya sebelum meneruskan jelajah dunia Justice.
Pulih kelumpuhan wajah, Justin Bieber dijadual ke Malaysia 22 Oktober ini
Peminat di Malaysia bakal berpeluang menyaksikan persembahan Bieber pada konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Oktober ini.
Konsert jelajah Justin Bieber di Malaysia Oktober ini
Justin Bieber hari ini mengumuman tarikh baharu konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 buah negara termasuk di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 OKtober ini.
Justin Bieber positif COVID-19, terpaksa tunda konsert jelajah!
Justin sangat kecewa namun kesihatan dan keselamatan kru serta peminatnya menjadi keutamaan.