ROM: Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke selatan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
McCain mengesahkan menurut laporan diterbitkan di laman sesawang organisasi itu populasi di Semenanjung Gaza menghadapi kekurangan makanan yang akut selepas tujuh bulan diserang Israel.
Beliau berkata kenyataannya datang daripada apa yang wakil program itu saksikan di lapangan.
"Memang betul menggerunkan dan amat sukar untuk melihat atau mendengarkannya, diharap satu gencatan senjata akan dicapai," katanya.
Organisasi bantuan kemanusian telah memberi amaran beberapa bulan lepas bahawa serangan Israel ke atas Gaza telah menjurus penduduk wilayah itu ke ambang kebuluran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Populasi di Semenanjung Gaza menghadapi kekurangan makanan yang akut selepas tujuh bulan diserang Israel. - Gambar fail/REUTERS
Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital
Pemain sayap kebangsaan dan juga Selangor FC, Faisal Halim telah dibenarkan keluar dari hospital selepas lebih dua minggu menerima rawatan akibat disimbah asid.
HAWANA: Kuching jadi tumpuan 1,000 pengamal media
Bandar raya Kuching kini menjadi tumpuan kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bermula hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela