awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PN Perlis hormati keputusan Muhyiddin lepas jawatan
Dr Sahruddin umum letak jawatan Pengerusi PN Johor
Penyerang Sydney tidak terlibat dalam kumpulan pengganas, kata polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
25/05/2024
07:40 MYT
Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital
Pasukan perubatan menyifatkan pemulihan Faisal daripada kecederaan serius itu amat luar biasa dan melangkaui jangkaan semua pihak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemain sayap kebangsaan dan juga Selangor FC, Faisal Halim telah dibenarkan keluar dari hospital selepas lebih dua minggu menerima rawatan akibat disimbah asid.
Selangor FC menerusi satu kenyataan memaklumkan, perkembangan positif itu susulan Faisal yang turut dikenali sebagai Mickey, telah menjalani empat pembedahan untuk merawat kecederaan lecuran tahap empat.
Menurut kenyataan itu, berdasarkan pemerhatian dan rawatan doktor pakar yang bertugas, pemulihan Faisal daripada kecederaan serius itu amat luar biasa dan melangkaui jangkaan semua pihak.
“Pihak kelab ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Dr Wan Syazli Rodzaian Wan Ahmad Kamal, Pakar Unit Plastik dan Rekonstruktif, seluruh warga Avisena Specialist Hospital dan Thomson Hospital Kota Damansara.
“Mereka sentiasa komited dalam memberikan penjagaan komprehensif, serta memberi sumbangan besar kepada rawatan dan pemulihan Faisal Halim,” menurut kenyataan tersebut.
Menurut Selangor FC, Faisal kini memasuki fasa seterusnya dalam proses rawatan dan pemulihan beliau.
Justeru, pihak kelab dan keluarga Faisal turut memohon agar semua pihak memberi ruang dan privasi untuk beliau melalui proses pemulihan dengan sebaiknya.
“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan juga kepada keluarga besar Selangor FC, pemimpin-pemimpin negeri dan negara, badan-badan kerajaan dan swasta, komuniti bola sepak tempatan dan antarabangsa.
“Juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah mendoakan kesejahteraan dan memberi dorongan semangat kepada ikon bola sepak negara kesayangan kita,” menurut kenyataan itu lagi.
Selangor FC juga mengajak rakyat Malaysia untuk terus mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan sepenuhnya buat Faisal dan mendoakan beliau dan keluarga terus diberikan kekuatan mengharungi waktu sukar sebegini.
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#keadaan terkini
#keluar hospital
#serangan asid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan