IPOH: Universiti Teknologi Petronas (UTP) disenaraikan antara universiti terkemuka di dunia dalam 11 mata pelajaran, dengan satu penyertaan baharu, dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings by Subject 2022.
Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata mata pelajaran itu ialah Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Semula Jadi serta Sains Sosial dan Pengurusan.
Beliau berkata bagi mata pelajaran Kejuruteraan dan Teknologi, UTP kini berada di kedudukan ke-159 di peringkat global, meningkat 71 anak tangga daripada kedudukan sebelum ini iaitu 230 dan dengan keputusan ini, UTP kini berada pada kedudukan keempat terbaik dalam kalangan universiti di Malaysia.
"Mata pelajaran Kejuruteraan Petroleum ditempatkan di kedudukan ke-22 dan mengekalkan kedudukan 50 teratas, manakala subjek Kejuruteraan Mineral dan Perlombongan, UTP berada di tempat 60 teratas.
"Dengan penarafan ini, UTP mengekalkan kedudukannya sebagai universiti terbaik di negara ini untuk kedua-dua mata pelajaran bagi tahun ketiga berturut-turut.
"Kami gembira dengan kemajuan yang kami capai dalam penarafan itu. Pencapaian ini menunjukkan reputasi kukuh kami di peringkat global dari segi kecemerlangan akademik menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kepakaran dan kekuatan kami sebagai institusi pengajian tinggi yang berfokuskan industri dalam bidang penting berkaitan industri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu katanya, aktiviti penyelidikan intensif, inovasi dan perundingan secara kolektifnya telah berjaya mengekalkan kedudukan universiti di dunia dan akan terus menerajui kecemerlangan dalam akademik, penyelidik dan pengalaman pelajar dengan menyediakan persekitaran pembelajaran dan pengajaran bertaraf dunia bagi mendidik generasi akan datang.
"Dalam penyelidikan dan inovasi, kami akan menyokong inisiatif peralihan tenaga Petronas untuk menuju ke arah Sifar Bersih Pelepasan Karbon (NZCE) sebagai satu daripada bidang utama kami dalam usaha ke arah keunggulan global yang mampan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022

Mata pelajaran itu ialah Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Semula Jadi serta Sains Sosial dan Pengurusan.

PM Anwar adakan pertemuan dengan Xi Jinping
Usaha mengukuhkan kerjasama yang lebih komprehensif antara Malaysia dan China penting untuk memberikan manfaat kepada kedua-dua negara. Malaysia memberi komitmen untuk mengutamakan China kerana hubungan rapat dan dasar Presiden China Xi Jinping yang hampir selari dengan agenda Madani. Untuk laporan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Beijing, kita bersama Hasimi Muhamad

AB Rauf dilantik Ketua Menteri, apa jadi tumpuan utama?
Terjawab sudah..dan seperti dijangkakan. ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Rauf Yusoh dipilih sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Bagaimanapun, pelantikan itu belum menyelesaikan beberapa perkara berbangkit mengenai pentadbiran Melaka. Ini termasuk soal pembentukan kerajaan perpaduan di Melaka..senarai EXCO yang dilantik, siapa akan kekal, siapa akan gugur. Untuk mendapatkan perinciannya, saya bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.

Pelantikan dalam tempoh 48 jam
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam. Bagaimanapun, Ketua Menteri Datuk Ab Rauf Yusoh belum dapat mengesahkan sama ada pelantikan itu akan turut melibatkan wakil rakyat daripada blok Pakatan Harapan (PH). Beliau menjelaskan, perkara itu akan dibincangkan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid sebelum membuat sebarang keputusan.

Najib kehabisan 'saluran' rayuan
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah kehabisan semua saluran rayuan dalam kes rasuah SRC Internation di peringkat mahkamah. Beliau berkata, keputusan itu memberi mesej tegas kepada semua pihak termasuk ahli politik bahawa tiada sesiapa pun yang mempunyai kekebalan atau boleh melebihi undang-undang.
![[INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri [INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016549/8967789641680265927226_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri
Bantuan khas kewangan Aidilfitri

Dialog Pocket Rakyat : Hutang lama, hutang baru
Pindaan Akta Insolvensi 1967 peluang kedua warga muflis? Sejauhmanakah pelepasan bankrap memupuk kesedaran literasi kewangan dan perundangan? Mampukah individu menahan nafsu daripada terjerat hutang baru? Diskusi 8:30 malam.

Musa Hassan fail tuntutan nusyuz terhadap isteri
Bagi prosiding berkenaan, mahkamah menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes.

SKMM sasar capaian internet 100 peratus di Sabah
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah sasar capaian internet di Sabah capai 100 peratus

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Labuan.

JIM Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokumen permit
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen permit masuk menerusi dua operasi berasingan di daerah Kota Kinabalu.

UTP cemerlang semua subjek dalam QS World University Rankings
Mata pelajaran itu ialah Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Semula Jadi serta Sains Sosial dan Pengurusan.

Dr Zahiraniza raih Anugerah Akademik Negara Kategori Pengajaran
Anugerah bertujuan untuk mengiktiraf ahli akademik yang komited dan telah memberi sumbangan besar kepada penemuan serta pembangunan ilmu untuk negara.

UTP kekal kedudukan teratas di Malaysia dalam Ranking Universiti Muda THE 2022
Universiti Teknologi Petronas (UTP) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti nombor satu Malaysia dalam Ranking Universiti Muda Times Higher Education (THE) 2022.

Mohd Hassan Marican diisytihar Canselor keempat UTP
Idea penubuhan UTP dicetuskan dan direalisasikan semasa beliau memegang jawatan sebagai Presiden Petronas.

Mohd Hassan Marican akan diisytihar Canselor keempat UTP
Tan Sri Mohd Hassan Marican akan diisytihar sebagai Canselor keempat Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 10 Jan ini, yang juga hari pertama majlis konvokesyen ke-21 universiti itu.

UTP, universiti swasta pertama peroleh akreditasi MyPTP
UTP menjadi universiti swasta pertama di negara ini dianugerahkan akreditasi Pembekal Ujian Kemahiran (PTP) di bawah MyPTP ISO/IEC 17043:2010.

15 universiti di Malaysia tersenarai dalam THE Asia University Ranking 2021
Universiti Malaya masih kekal berada dalam kumpulan 50 teratas pusat pengajian terbaik di dunia.

Pengajian tinggi di Malaysia berada di landasan betul - Noraini
IPT telah melaksanakan pembambahbaikan secara berterusan dalam menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada pelajar.

Program Kejuruteraan Petroleum UTP, di ranking ke-21 dunia
Ranking terkini itu menonjolkan kekuatan UTP dalam pelbagai bidang mata pelajaran, satu indikasi mengenai standard dan kualiti kursus yang ditawarkan universiti itu.

Petanda kemelesetan global semakin ketara sekarang, kata Naib Canselor UTP
Dengan data ekonomi utama di seluruh dunia terus mempamerkan prestasi yang lemah di tengah-tengah COVID-19, pakar-pakar menjangka situasi lebih buruk bakal mendatang.