awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UUM hantar wakil keluarga pelajar kemalangan ke Curacao Jumaat ini

Sinar Harian
Sinar Harian
02/01/2022
22:28 MYT
UUM hantar wakil keluarga pelajar kemalangan ke Curacao Jumaat ini
Ibu bapa Nur Nabilah menunjukkan gambar anak mereka ketika ditemui media pada 31 Dis 2021. - Gambar fail
SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menghantar waris kepada Nur Nabilah Mohd Azahar, 25, yang terlibat dalam kemalangan ke Curacao, Caribbean pada 7 Januari ini.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Profesor Haim Hilman Abdullah berkata, pihak universiti bersetuju untuk menghantar wakil keluarga pelajar berkenaan bagi melihat dan memberi sokongan moral kepada Nur Nabilah setelah mengadakan perbincangan bersama ibu bapa pelajar terbabit.
Katanya, Nur Nabilah yang merupakan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan industri di Dive Division Curacao, Caribbean pada 28 Disember lalu.
"Turut bersama ialah pegawai dari UUM yang akan membantu mengurus dan memudahcara segala urusan berkaitan rawatan termasuk memberi sokongan moral kepada Nur Nabilah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Menurutnya, waris Nur Nabilah dan pegawai UUM akan segera berangkat ke Curacao setelah semua urusan dokumentasi selesai. UUM turut bekerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Venezuela dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
BACA: Penuntut UUM putus kaki terkena kipas bot sewaktu latihan menyelam di Caribbean
BACA: KPT akan memudah cara urusan pelajar UUM kemalangan di Caribbean
Haim Hilman yang turut menjalankan fungsi Naib Canselor UUM berkata, pihak universiti berusaha memastikan keperluan rawatan dan kebajikan Nur Nabilah dipenuhi serta urusan membawa pulang berjalan lancar.
"Bagaimanapun ia bergantung kepada tahap kesihatan dan kebenaran dari hospital di Curacao.
"Pihak universiti sekali lagi menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada Nur Nabilah dan keluarga di atas kemalangan yang menimpa. Semoga dia kembali sembuh dan tabah menghadapi ujian ini," katanya.
Pada Jumaat, media melaporkan ibu bapa Nur Nabilah bimbang dengan keadaan anak bongsu mereka selepas menerima berita kemalangan terbabit daripada kenalan pelajar itu.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nur Nabilah Mohd Azahar
#pelajar UUM kemalangan di Caribbean
#putus kaki ketika menyelam
#UUM hantar waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan