ALOR SETAR: Seorang penuntut Ijazah Pengurusan Pelancongan di Universiti Utara Malaysia (UUM), yang sedang menjalani latihan menyelam di Dive Division Curacao di Caribbean, putus kaki kanan selepas terkena kipas bot dalam kejadian pada Rabu lalu.
Mangsa, Nur Nabilah Mohd Azhar, 25, kini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Curacao.
Menurut bapa mangsa, Mohd Azhar Zakaria, 58, kaki kanan anaknya itu terpaksa dipotong manakala lengan kanannya pula retak.
Menurut Mohd Azhar, anak bongsu dari empat beradik yang dipanggil Puteri itu sedang menjalani latihan amali selama enam bulan di negara berkenaan.
Katanya, anaknya yang juga penuntut tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) UUM, Sintok itu baru tiga bulan berada di negara itu sejak berlepas ke sana pada 24 September lalu.
Dia terkejut sebaik mengetahui kejadian itu daripada isterinya yang memaklumkan anak mereka kemalangan pada jam 11 malam (waktu tempatan).
"Saya sampai, dia (isteri) menangis. Saya kata habis lah anak aku. Ya Allah, dia kata anak kita habis, kaki dia hancur dah kena kipas. Saya kata Ya Allah, lepas tu saya cuba bagi dia tenang, kalau kita menangis air mata darah pun tak boleh buat apa benda dah jadi dah. Cuma kita berdoa bagi dia selamat," katanya ketika di temui Astro AWANI di sini.
Sementara itu isterinya Nor Manira Khalib, 57, berkata dia mengetahui kejadian sebaik menerima panggilan dari kenalan anaknya di sana yang dikenali sebagai "Seal".
Ketika kejadian anaknya sedang melatih dua doktor warga asing teknik menyelam sebelum kaki kanannya terkena kipas bot.
Dia dan suami berharap dapat berlepas ke negara itu namun tidak mempunyai wang yang mencukupi yang mencecah hampir RM40,000.
"Kami hendak tahu kesihatan dia, keadaan dia macam mana. Asyik tanya daripada sana macam mana dari semasa ke semasa, tanya dia minta gambar apa semua, setiap waktu," katanya.
Kejadian menimpa Nur Nabilah ini turut mendapat perhatian Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Dr Hendrik Lamsali yang mengunjungi rumah keluarga penuntut itu di Kampung Alor Janggus, hari ini.
Dr Hendrik berkata, pihaknya bersetuju untuk menanggung perbelanjaan ibu bapa Nur Nabilah dan seorang pengiring dari UUM ke Carribean untuk melihat keadaan penuntut berkenaan.
Tambahnya, Nur Nabilah adalah penuntut tahun akhir di UUM dan dimaklumkan sudah pun ditawarkan pekerjaan dalam bidang berkenaan di sana.
"Sekarang ini kita tumpu dia punya recovery , kemudian tengok macam mana, kalau doktor kata ok, boleh balik Malaysia dan kita akan bawa balik.
"Kita pun berhubung dengan embassy di sana, dengan embassy Venezuela pun sudah, dengan Wisma Putra pun sudah, dengan pihak insurans pun kami telah berhubung. Banyak perkara sudah buat. Di UUM satu task force, jawatankuasa khas kita dah buat," katanya lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Dec 31 2021
penuntut tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) UUM, Sintok itu baru tiga bulan berada di negara itu sejak berlepas ke sana pada 24 September lalu. - Foto Astro AWANI
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
KPT akan memudah cara urusan pelajar UUM kemalangan di Caribbean
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad memaklumkan ia termasuk usaha membawa pulang pelajar UUM itu dan tuntutan insurans.
Penuntut UUM putus kaki terkena kipas bot sewaktu latihan menyelam di Caribbean
Menurut bapa mangsa, Mohd Azhar Zakaria, 58, kaki kanan anaknya itu terpaksa dipotong manakala lengan kanannya retak.