awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UUM tubuh dua jawatankuasa susulan insiden kemalangan babitkan bas dalam kampusnya

Bernama
Bernama
21/04/2025
10:30 MYT
UUM tubuh dua jawatankuasa susulan insiden kemalangan babitkan bas dalam kampusnya
Jawatankuasa khas terbabit bertujuan menyiasat insiden berkenaan dan menilai semula aspek keselamatan perkhidmatan bas kitaran kampus.
ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) menubuhkan dua jawatankuasa khas susulan insiden kemalangan melibatkan dua bas dalam kampusnya sehingga mengorban nyawa seorang pelajar Sabtu lepas.
Naib Canselor UUM Prof Datuk Mohd Foad Sakdan berkata ia bertujuan menyiasat insiden berkenaan dan menilai semula aspek keselamatan perkhidmatan bas kitaran kampus.
"Jawatankuasa Siasatan Kemalangan bertanggungjawab menjalankan siasatan terperinci terhadap punca kejadian bagi memastikan segala aspek berkaitan keselamatan dan prosedur operasi standard dipatuhi.
"Jawatankuasa Integriti Penilaian Perkhidmatan Bas Kitaran Kampus pula bertanggungjawab bagi menilai semula tahap kecekapan, pematuhan peraturan, integriti serta keberkesanan pengurusan perkhidmatan pengangkutan dalam kampus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam insiden Sabtu lepas Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, pelajar Semester 4, Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian, cedera selepas dihimpit bas ketika sedang menunggu giliran untuk menaiki bas di kampus universiti itu di Sintok, dan disahkan meninggal dunia pada 6.30 petang di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Mohd Foad berkata UUM menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.
"UUM berkongsi kesedihan yang amat mendalam dengan keluarga Muhamad Karim. Kehilangan seorang pelajar yang sedang meniti kejayaan adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada universiti dan negara," katanya.
Beliau menambah UUM juga telah mengambil tindakan membantu keluarga Allahyarhamah dalam proses penghantaran dan mengurus jenazah serta memberi bantuan dalam bentuk pampasan insurans, bantuan khairat dan sebagainya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#universiti utara malaysia
#UUM
#dua jawatankuasa khas
#ragut nyawa pelajar
#kemalangan bas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan