SETAKAT ini, sejumlah lebih 2.107 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia.

Ia mencatatkan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan 763 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti Amerika Syarikat sebanyak 300 juta dos vaksin dan India dengan 231 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 60 juta dos adalah United Kingdom dan Brazil.

Manakala Jerman dengan 54 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 39 dan 38 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 28.7 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina pula dengan 5.18 juta dos, Singapura dengan 4.04 juta dos, diikuti Thailand dengan 3.6 juta dos.

Malaysia berada di kedudukan kelima negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos didaftarkan atau diberi sebanyak 3.42 juta.