KUALA LUMPUR: Seramai 10,906,259 individu atau 46.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.
Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 22,917,313 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa telah melengkapkan dos vaksin COVID-19 mereka, manakala 23,195,017 individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,782,131 individu atau 88.4 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,864,738 individu atau 91.0 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Statistik harian menunjukkan sebanyak 202,296 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,820 dos pertama, 2,711 dos lengkap dan 197,765 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,461,606 dos.
Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 10 kes kematian direkodkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi sebanyak tiga kes, diikuti Sabah (dua) manakala Johor, Kedah, Kelantan, Melaka dan Pahang masing-masing satu kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022
Statistik harian menunjukkan sebanyak 202,296 dos vaksin telah diberikan semalam. - Foto fail/BERNAMA
Mo Salah cipta sejarah baharu Liga Perdana Inggeris
Mohamed Salah mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.
Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ
Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK) menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai adalah tidak diluluskan JPJ Malaysia.
Agong tiba di Singapura bagi lawatan negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura pada Isnin bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Semua 31,600 jemaah haji Tabung Haji tahun ini akan masuki Raudah
Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia tahun ini berpeluang memasuki Raudah, salah satu tempat suci yang menjadi rebutan untuk dikunjungi semasa berada di Masjid Nabawi di Madinah. Bagaimanapun ia tetap tertakluk kepada kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi.
IRC 2024 tarik penyertaan 800 peserta tangani isu inovasi keselamatan digital
Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur telah berjaya menarik penyertaan lebih 800 peserta dari ASEAN, Korea, Australia dan United Kingdom dengan matlamat untuk menangani isu-isu penting berkaitan inovasi digital dan kawal selia.
Universiti perlu bentuk kelantangan mahasiwa
Orientasi sesebuah universiti perlu berubah bagi membentuk karakter mahasiswa yang lebih lantang bersuara.
Risiko rendah, perlu strategi capai matlamat
Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, berpendapat, kriteria ESG boleh disepadukan bersama strategi pelaburan lain seperti Smart Beta.
Rasionalisasi subsidi solusi terbaik elak risiko pelarasan gaji penjawat awam
Antara lain tambah Pakar Ekonomi, komunikasi yang efektif sangat penting dalam menangani risiko ini, terutama dalam konteks penyesuaian subsidi seperti subsidi minyak.
Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal berada di Belgium mulai 25 Mei ini menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
[TERKINI] 3 mayat tragedi kepala air Lembah Maksina dijumpai
Pasukan mencari dan menyelamat menjumpai tiga mayat yang dipercayai lemas akibat dihanyut kepala air di Lembah Maksina dekat Lahad Datu.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.