KUALA LUMPUR: Seramai 25,049,738 individu atau 76.7 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat Rabu.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 78.7 peratus atau 25,706,979 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala seramai 22,442,346 individu atau 95.9 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Sementara 98 peratus atau 22,944,240 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,607,392 individu atau 82.8 peratus telah melengkapkan dua dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 138,752 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 52,391,444 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.