awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Tahanan di rumah: Mahkamah Persekutuan tolak bantahan Najib terhadap rayuan Peguam Negara
POLITIK
Rayuan bukan penentuan kesetiaan saya - Hishammuddin
MALAYSIA
Pendidik boleh tebus Baucar Buku Guru MADANI mulai hari ini - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Vaksin COVID-19: 83.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2021
22:17 MYT
Vaksin COVID-19: 83.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin
Seramai 27,139 individu atau 0.9 peratus daripada populasi remaja lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 19.48 juta individu atau 83.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.
Berdasarkan portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, sebanyak 93.6 peratus atau 22.72 juta populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, seramai 27,139 individu atau 0.9 peratus daripada populasi remaja lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 259,141 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam, membabitkan 114,618 dos pertama dan 144,523 dos lengkap.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 42.1 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#COVIDNOW
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami