awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Kematian warga emas di Norway disebabkan faktor semula jadi - Pakar Kesihatan Awam

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2021
10:17 MYT
Vaksin COVID-19: Kematian warga emas di Norway disebabkan faktor semula jadi - Pakar Kesihatan  Awam
Dr Malina Osman berkata, perincian lanjut perlu diteliti KKM supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan yang menyakinkan mengenai vaksin. - Gambar hiasan/REUTERS
KUALA LUMPUR :Penelitian dokumen ke atas 29 pesakit COVID-19 yang dilaporkan meninggal dunia beberapa hari selepas menerima vaksin Pfizer-Biontech di Norway mendapati kebanyakan daripada kematian itu disebabkan keadaan semula jadi yang melibatkan faktor usia dan tindak balas sistem imun mereka.
Pakar Perubatan Kesihatan Aiwam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman bagaimanapun berkata, perincian lanjut perlu diteliti supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan yang menyakinkan mengenai apa yang berlaku di negara itu.
"Kes di Norway itu melibatkan warga emas dan pesakit kronik. Pun begitu saya berpendapat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan yang tepat untuk melihat data-data itu secara terperinci.
"Kita mengharapkan laporan tersebut mengatakan ia selamat dan boleh diguna pakai di Malaysia," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Akhbar tempatan Norway baru-baru ini melaporkan, 29 warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin terbabit.
Jumlah kematian itu termasuk mereka yang mendapat kesan sampingan.
COVID-19: Norway kaji semula agihan vaksin
Meskipun begitu, Ketua Doktor Agensi Perubatan Norway, Sigurd Hortemo berkata, tindak balas biasa termasuk rasa mual dan demam itu mungkin menyumbang kepada punca kematian membabitkan beberapa individu dalam golongan tersebut.
Dalam perkembangan berasingan, melihat pada peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan ahli politik, Malina mengesyorkan semua sidang media dan aktiviti sosial diadakan secara dalam talian.
Bagaimanapun kata beliau, kadar kebolehjangkitan masyarakat umum adalah lebih tinggi berbanding ahli politik.
Tambahnya, adalah tidak sesuai untuk meletakkan sebarang tanggapan terhadap mereka.
"Dalam konteks ini sekarang, kita mendoakan mereka sembuh secepat mungkin.
"Jadi buat masa ini, semua perjumpaan sosial politik dan sidang media boleh dilakuan secara dalam talian," katanya lagi.
BACA: Vaksin COVID-19: KKM ambil maklum laporan susulan kes kematian di Norway
BACA: Vaksin COVID-19: KKM lakukan penilaian risiko susulan kematian di Norway - Dr Adham
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Ahli Parlimen positif
#Norway
#pesakit COVID-19 meninggal
#vaksin
#Pfizer
#pemimpin politik
#sidang media secara dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan