KUALA LUMPUR:Kerajaan dilihat 'gagal' dalam aspek komunikasi risiko termasuk menyampaikan informasi yang tepat berhubung vaksin COVID-19 kepada masyarakat.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata masyarakat ketika ini dilihat lebih banyak mendapat maklumat daripada luar negara.
"Secara jujur setakat ini, kerajaan gagal dalam komunikasi risiko dan (memberi) informasi vaksin yang tepat kepada masyarakat kerana masyarakat mendapat maklumat pelbagai daripada badan-badan profesional di luar daripada negara," katanya kepada Astro AWANI melalui Skype pada Isnin.
Susulan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan menimbangkan untuk menubuhkan sebuah badan bebas yang berperanan memastikan maklumat yang tepat mengenai program vaksinasi dapat disalurkan kepada rakyat.
"Pada masa ini, saya cadangkan kerajaan tubuhkan satu badan bebas yang terdiri daripada pakar-pakar dan pengguna supaya semua infomasi data dapat diyakini dan diterima masyarakat kerana jurang kepercayaan amat tinggi sekarang dan satu cabaran besar kerajaan untuk melaksanakan program vaksinasi.
"Walaupun (vaksin) sangat penting dan berfaedah namun di akhirnya, jika masyarakat tidak terima, kita akan lambat mencapai tujuan kita," katanya lagi.
BACA: Vaksin COVID-19 selamat, tiada kesan sampingan jangka panjang - MOSTI
BACA: Golongan antivaksin boleh didakwa
Kata Zainal Ariffin lagi, pihaknya perlu berkata jujur mengenai perkara itu memandangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat masih tidak mahu berkongsi dengan masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengenai maklumat vaksin.
"Dulu saya bekerja di KKM, sekarang saya berada dalam NGO dan komuniti. Secara jujur saya cakap, pada setakat ini, KKM masih tertutup dan tidak berkongsi kepada masyarakat awam dan tidak mengajak kumpulan-kumpulan pakar daripada luar kementerian untuk sama-sama menggalas isu ini," ujarnya.
Apa yang paling penting katanya, selain melihat kepada isu logistik, kerajaan perlu mempunyai sistem pelaporan dan pemantauan tentang kesan-kesan sampingan vaksin COVID-19 yang akan diperoleh negara.
"Walaupun vaksin ini telah diuji di negara luar, namun pada masa ini di peringkat negara kita, (perlu) field testing di negara kita.
"Jadi mesti ada sistem pelaporan yang telus dan pemantauan di samping memaklumkan kepada masyarakat mengenai status terkini vaksin tersebut," tambahnya lagi.
Rahimah Abdullah
Mon Jan 04 2021
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia,Datuk Dr Zainal Ariffin Omar sifatkan kerajaan gagal dalam komunikasi risiko dan menyampaikan informasi vaksin yang tepat kepada masyarakat. - Foto Astro AWANI
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.