KUALA LUMPUR: Pemberian dos pertama vaksin COVID-19 mencecah 30.1 peratus daripada populasi negara apabila apabila sejumlah 244,761 penduduk lagi menerima suntikan pertama pada Ahad.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, semalam sahaja sebanyak 344,961 dos diberikan termasuk dos pertama.

"Ini menjadikan jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 18 Julai 2021 ialah 14,347,285 dos," katanya pada Isnin.

Adham turut memberitahu, jumlah yang menerima dos pertama ialah 9.8 juta penduduk dan daripada jumlah itu, 4.5 juta individu telah terima dos kedua.

Beliau turut memaklumkan tiga negeri tertinggi mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua pada Sabtu ialah Selangor dengan 91,523 diikuti Kuala Lumpur (64,859) dan Sarawak (52,411)