KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 23 Ogos adalah 396,578 dos.

Daripada jumlah itu, 150,469 adalah penerima dos pertama manakala 246,109 penerima dos kedua.

Perkembangan tersebut dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di Twitter pagi ini. 

Johor merekodkan jumlah harian pemberian vaksin tertinggi dengan 32,989 dos pertama dan 38,045 dos kedua.

Ini diikuti Sabah dengan 17,076 dos pertama dan 28,933 dos kedua.

Selangor juga mencatat angka memberangsangkan dengan 10,588 dos pertama diberikan dan 32,383 dos kedua.


Laporan harian vaksinasi itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 31,792,363 dos.


Secara keseluruhannya, 78.9 peratus atau kira-kira 18.47 juta penduduk dewasa negara ini sudah menerima satu dos vaksin.

Pada masa sama, 56.9 peratus penduduk dewasa, atau 13.31 juta individu, sudah lengkap menerima dua dos vaksin.